Friday, September 7
Konflik
Friday, January 20
Saya boikot TV3..
Maaf, saya boikot TV3 pada setiap malam Jumaat. Kenapa? Malam Jumaat adalah masa tayangan cerita hantu dan yang sewaktu dengannya. Kebanyakan cerita hantu mendorong rasa takut yang lebih kepada hantu berbanding Tuhan. Saya juga akan bertukar ke siaran lain apabila promo cerita hantu ditayangkan. Jika ada cerita hantu yang mencetuskan keberanian yang genuin bagi kanak-kanak kepada hantu, ianya cuma satu - Casper!Monday, January 9
Turunkan Suhu Badan Bayi

Friday, October 7
Saya ingat lagi..
"Saya ingat lagi masa kita sembahyang dulu".Kata seorang staf di fakulti pengajian saya dahulu sewaktu kami bertemu semula di rumah terbuka seorang senior di Bangi Lama. Lebih sedekad yang lalu, kami selalu bertemu.. saling bertukar senyuman dan bertegur sapa di jabatan. Tahun 2002, saya berhijrah ke jabatan lain. Ternyata beliau masih mengingati saya dan momen yang paling diingatinya adalah ketika kami sama-sama berdiri dalam saf yang sama untuk menunaikan solat berjemaah di bilik kuliah jabatan. Ketika itu, buat julung kalinya kami menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat terawih untuk mengeratkan silaturahim antara staf dan pelajar. Ternyata, setelah 13 tahun berlalu objektif program terbukti berjaya.
Saya ingat lagi.. II
Monday, September 12
Terima kasih ibu.. Terima kasih ayah!

***
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Sumber: http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/
Saturday, May 21
Sejenak di Hospital Slim River

Seseorang sedang menjalani rawatan dan pemerhatian rapi di wad bersalin tingkat 3. Sudah hampir sebulan beliau ditempatkan di sana kerana dikhuatiri berlaku komplikasi pada saat kelahiran kerana kedudukan uri yang berada di bawah. Ada tiga perkara menarik di wad bersalin tersebut. Pertama - terdapat doktor pakar yang ditugaskan khas di situ. Kedua- lokasi yang strategik. Ketiga - tandas yang sangat bersih kerana dicuci dengan baik sebanyak lima hari sekali. Lebih bersih dari tandas R& R dan hotel 3 bintang.
Monday, April 25
Kebijaksanaan Dalam Bercinta

Sunday, April 17
Sayangi Ibu
Wednesday, April 13
Riangkan Hati..
Thursday, March 17
Batu Belah Batu Bertangkup

Sunday, December 19
Mengurus Buaya Lapar



Thursday, April 22
Tersasar di Usia Senja

Wednesday, March 31
Wanita Terpuji

Wednesday, February 17
Bersama Kita Hentikan Kitaran Sengsara

Thursday, January 28
Rumahku Syurgaku: Ibu & Ayah

Sunday, July 12
Dosa Ibu Bapa

Friday, June 5
Pembantu Rumah: Penyelamat atau Penyengat?

Namun, katanya seperti bentuk jagaan lain, penjagaan anak oleh pembantu rumah sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. “Sebenarnya lebih banyak kebaikan dan faedah diperoleh sesebuah keluarga jika mendapat perkhidmatan pembantu rumah berbanding keburukan. Namun, semua itu bergantung kepada individu yang menjadi pembantu rumah itu sendiri. “Dalam keadaan normal, iaitu pembantu rumah tidak memberikan masalah atau seperti yang dikehendaki majikan, amah membantu kerja di rumah 24 jam sehari. Ini berlaku kepada amah yang tinggal bersama majikan. Namun tidak bermakna majikan boleh memerah tenaga pembantu rumahnya tanpa henti,” katanya. Beliau menjelaskan banyak faedah diperoleh jika sesebuah keluarga menggajikan pembantu rumah, termasuk pergerakan suami isteri ke tempat kerja pada waktu pagi akan lebih mudah, malah rumah lebih terurus, kemas dan bersih yang dapat memberi ketenangan minda kepada keluarga.
Pembantu rumah juga membantu menguruskan kain dan pakaian keluarga dengan baik, memudahkan kerja memasak dan majikan ada masa berbaki kerana banyak bebanan kerja rumah sudah diringankan dengan bantuan pembantu rumah yang mana masa berkenaan boleh diluangkan dengan ahli keluarga, malah perhatian lebih dapat diberikan kepada anak-anak. Lebih penting lagi, dengan ada pembantu rumah, bayi akan diberikan perhatian khusus ketika ibu keluar bekerja dan anak tidak terdedah kepada penyakit berjangkit yang selalu diperoleh di pusat jagaan harian seperti demam, selesema dan batuk. “Dengan kata lain, pembantu rumah ini menjadi penyelamat kepada keluarga yang suami atau isteri bekerja dan mengurangkan tekanan kepada keluarga,” katanya.
Kebaikan ada pembantu rumah
Pergerakan ke pejabat pada waktu pagi lebih mudah.
Rumah yang kemas dan bersih akan memberi ketenangan minda kepada keluarga.
Kain dan pakaian keluarga diuruskan dengan baik.
Memudahkan kerja memasak.
Masa dan tenaga berbaki kerana banyak bebanan kerja rumah sudah diringankan pembantu rumah dan masa yang ada boleh diluangkan dengan ahli keluarga.
Anak dan bayi dapat perhatian khusus daripada penjaga.
Anak tidak terdedah kepada penyakit berjangkit yang selalu diperoleh di pusat jagaan harian seperti demam, selesema dan batuk.
Keburukan
Kos permulaan yang tinggi
Tiada jaminan mendapat pembantu rumah yang baik dan benar-benar cepat membuat kerja. Ini satu perjudian.
Ada pasangan berasa tidak selesa atau hilang privasi dengan kehadiran orang luar dalam rumah mereka.
Jika anak belum boleh bercakap mereka mungkin terdedah kepada salah laku atau penderaan oleh pembantu rumah yang tidak bertanggungjawab.
Pembantu rumah asing kurang berpengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak.
Pembantu rumah asing boleh memberi pengaruh yang buruk kepada anak-anak dari segi pertuturan dan tingkah laku.
Anak-anak dijaga pembantu rumah mempunyai peluang terhad berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
Kebergantungan keterlaluan kepada pembantu rumah menghilangkan peluang anak berdikari dan belajar kemahiran hidup.
Kebergantungan yang tinggi menyebabkan anak-anak rapat dengan pembantu rumah berbanding ibu bapa masing-masing.
Thursday, May 21
Seminar Keluarga Islam

Tuesday, May 19
Harta Pusaka

Sunday, May 17
Tragedi Influenza A (H1N1): Kepulangan yang Mengundang Bencana

Tajuk di atas tiada kena mengena dengan Cik Norjana, tetapi Melinda, pemilik damcykel ungu itu yang kini ‘terpenjara’ di Malaysia. Dia dan keluarganya perlu dikuarantin sehingga 20 Mei ini kerana kebetulan dia berada dalam satu penerbangan yang sama dengan pelajar lelaki berusia 21 tahun yang telah disahkan menghidap Influenza A (H1N1) atau Selsema Khinzir kelmarin. Siapa sangka kapal terbang dari US yang dinaikinya di Sthockholm turut membawa bersama mereka virus untuk dibawa pulang ke tanah air. Pelbagai agenda yang diatur terpaksa ditangguh atau dibatalkan terus.
Mungkin ini sekadar peringatan kedua terhadap bahayanya binatang berkaki pendek dan tidak berleher ini terhadap legasi manusia ini selepas J.E. Tambah berbahaya, ia menyerang sesiapa saja walaupun tidak bersentuhan atau mengambil khinzir.
Rentetan itu, adalah tidak adil dan jauh dari logik untuk kita mengorbankan kepentingan awam untuk memenuhi sektor industri tidak halal yang akhirnya menggugat kesejahteraan manusia sejagat. Ya, ini mungkin sekadar peringatan awal dan tidak mustahil akan ada lagi peringatan-peringatan seterusnya andai peringatan pertama dan kedua ini tidak diendahkan.
Kita menghormati kebebasan beragama dan budaya hidup masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Namun untuk kesejahteraan bersama, pastinya banyak lagi spesies haiwan lain yang jauh lebih menguntungkan lagi halal dan berkhasiat untuk diternak secara besar-besaran di negara ini. Mungkin arnab adalah salah satu alternatif yang baik kerana daging putihnya bukan sahaja berkhasiat malah binatang ini begitu cepat membiak dan membesar dengan pantas. Pastinya pasarannya lebih luas berbanding khinzir bahkan menguntungkan semua pihak. Dan dengan itu, barulah 'keADILan' yang dilaung-laungkankan dapat diterjemah dengan sebaiknya.
