Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Showing posts with label Menuju Kebitaraan. Show all posts
Showing posts with label Menuju Kebitaraan. Show all posts

Wednesday, January 15

Berlari..




Saat kematian kian hampir.. dan kita pun ber'lari'.. menyempurna segala misi, visi, amanah dan janji.. sebelum berpulang pada Ilahi.

Tahun baru.. kita merangka strategi baru.. sejarah baru.. meski destinasi tetap SATU:

"Work smart.. work with joy and happiness.. work in synergy".

Kita ber'lari' merentas cakrawala .. menongkah tsunami zaman. Kita percaya.. bahkan sangat percaya.. bahawa setiap detik yang dimiliki saat ini nilainya infiniti. Dan kerana itu.. kita pun ber'lari' selagi Dia mengizinkan kita untuk terus ber'lari'.

Kita ber'lari' merealisasi mimpi dalam tawakkal kental.. tenang seimbang pada khauf dan raja'.. jua waad dan waid. Kita ber'lari' dan menggigit sekuat hati dengan geraham akan tali segala hikmah - al-Quran dan sunnah. Dan kerana itu.. kita yakin.. bahkan sangat yakin... bahawa sesungguhnya tiada suatu apapun yang mustahil dengan izin Allah.. lalu mencapai jaya.

Kita ber'lari' dan terus ber'lari' dalam fikir dan zikir saat musafir.. sebelum kembara ke yaumil akhir.

Moga pada setiap lafzah yang 'berlarian'... kita beroleh al-falah.. barakah... rahmah.. dan redha berlimpah.. jua terhindar daripada sekalian fitnah. 


*Catatan dalam Facebook pada 31 Disember 2013 

Friday, September 21




Gunakan kebijaksanaan. 
Demonstrasi jalanan kaedah penyelesaian masalah yang terakhir, bukan yang pertama.

Monday, August 13

Budaya Sate


Hapuskan budaya sate - cantas-mencantas, gunting-menggunting, potong-potong, cucuk-cucuk, kipas-kipas, bakar-bakar.. yang akhirnya hanya merugikan diri sendiri. Eratkan jalinan ukhuwah dan bersama maju ke hadapan - membina peradaban.

Bangsa yang hebat, fikirnya melangkau zaman dan alam (alam barzah & alam akhirat), sentiasa bersedia untuk mati, melakukan kebaikan dan penambahbaikan, berintegriti lagi berakhlak mulia. 

Makanlah sate ayam, arnab, kambing atau apa sahaja.. selagi halal dan baik.. asal jangan memper'sate'kan orang lain atau membiarkan diri diper'sate'kan oleh orang lain. 


Monday, May 14

Demi Masa



Demi masa.. sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Yang saling berpesan-pesan pada kesabaran dan kebenaran. 

Sudah lama saya tidak membalas emel yang panjang. Saya selalu percaya, setiap nasihat yang kita berikan kepada orang lain sebenarnya adalah peringatan penting untuk diri kita sendiri. Berikut adalah sebahagian dari balasan emel tersebut:

Setiap kita punya amanah dan tanggungjawab tersendiri sebelum berpulang ke pangkuan Ilahi. Adakalanya dalam perjuangan, kita hampir berputus asa, kecewa, sakit hati, marah, sedih dan aneka rasa yang bercampur-baur. Ianya adalah lumrah kerana kita manusia biasa - bukan malaikat. Yang penting, teruskan perjuangan.. ikhlaskan diri, sematkan pergantungan yang tinggi kepada Allah dan bukan kepada manusia, urus masa dengan sebaiknya, fokus kepada matlamat yang ingin dicapai, perbaiki hubungan sesama-manusia dan depani masalah dengan baik dan selesaikan satu persatu.

Tidur memang keperluan namun tidak sesuai untuk dijadikan pelarian dari masalah. Hidup kita di dunia sebentar saja. Sampai masanya nanti, kita akan tidur di alam kubur dalam tempoh yang sangat lama sebelum dibangkitkan semula di Padang Mahsyar untuk ditimbang. Justeru, kita gunakan setiap detik peluang yang ada.. sementara kita masih boleh bangun.. pada perkara yang lebih bermanfaat dan mendatangkan kebaikan.. agar tiada penyesalan ketika jasad kita terbujur dipembaringan. Kerana itu kita memerlukan jam loceng agak tidak terlajak masa untuk menyelesaikan setiap tugasan yang ada. Rangka semula strategi.. senaraikan tugasan.. sediakan jadual kerja bulanan ataupun tahunan supaya setiap tugasan dapat disempurnakan sebelum tarikh akhir yang diberikan.

Teruskan perjuangan dan semoga hari ini sentiasa lebih baik dari semalam. Orang yang beriman sentiasa melakukan sesuatu dengan cara yang paling baik, sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri dan keadaan, sentiasa bertawakal kepada Allah, sentiasa yakin bahawa  tiada suatu apapun yang mustahil dengan izin Allah, sabar dengan apa jua yang menimpanya, syukur dengan segala anugerahnya, sentiasa tenang dan redha dengan ketentuan-Nya yang telah terjadi serta tenang, ceria lagi bijaksana dalam mengemudi ranjau hidupnya yang penuh berliku.

Selamat maju jaya lagi diberkati-Nya. Setiap kita sedang diuji... semoga kita semua sentiasa lulus cemerlang dalam setiap ujian yang mendatang... dan sentiasa bertambah bijaksana dalam meniti kehidupan.


Monday, February 6

Namimah





"Dia kata awak ni sombong dan pemalas".

Apa perasaan anda bila seorang rakan menyampaikan berita ini kepada anda? Marah, sedih atau teruja? Bagaimana jika 'dia' yang dimaksudkan adalah sahabat baik anda sendiri?

Dalam kehidupan bermasyarakat, hal ini telah menjadi satu kebiasaan. Ada orang yang hobinya mengumpat dan ada pula orang yang hobinya suka menyebarkan umpatan ini kepada orang lain agar hubungan keduanya menjadi tegang dan rosak. Dan hobi yang kedua ini dipanggil namimah dan mereka ini layak diberi gelaran batu api.

Namimah bermaksud menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosakkan hubungan di antara mereka (Syarh Nawawi untuk Shahih Muslim 1/214, Syamilah).

Justeru, berhati-hatilah dengan pembawa namimah dan jangan biarkan diri menjadi pembawa namimah kerana ia boleh merosakkan perpaduan sesebuah komuniti mahupun organisasi dalam masa yang singkat - jauh lebih singkat dari masa yang diperlukan oleh seorang tukang sihir yang pintar.

Thursday, February 2

KeADILan




Orang yang suka mengkritik mesti juga suka dan sentiasa bersedia untuk menerima kritikan orang lain dengan terbuka. Dan ini dinamakan... KeADILan.

Wednesday, February 1

Tidak !


Katakan 'tidak'... apabila 'tidak' adalah jawapan yang terbaik.


Thursday, January 26

Hobi Sepenuh Masa



Kembali dari bercuti. Kini masa untuk kembali bekerja.. yang juga hobi sepenuh masa yang sentiasa mengujakan.

Motto kali ini sedikit berbeza:

"Optimumkan sumber, maksimumkan produktiviti".




Wednesday, December 28

Yang Pertama




Yang pertama sering saja mengujakan namun mendebarkan. Yang kedua, masih ada sedikit keraguan. Yang ketiga dan seterusnya, tenang dan bersedia. Namun untuk sampai ke tahap yang ketiga, tahap 'yang pertama' perlu dilalui terlebih dahulu meski terkadang tidak sempurna.



Masih ingat 'yang pertama' anda.. pertama kali menunaikan solat.. pertama kali menjadi imam.. pertama kali melangkah ke sekolah rendah, menengah, maktab perguruan dan universiti.. pertama kali memandu.. pertama kali bercakap di khalayak.. pertama kali mengundi.. pertama kali menghadiri konvokesyen... pertama kali masuk bekerja... pertama kali mengendalikan mesyuarat.. pertama kali menulis makalah jurnal.. pertama kali menerbitkan karya.. pertama kali membentangkan kertas kerja.. pertama kali terbang ke luar negara.. pertama kali membeli kereta idaman... pertama kali menunaikan umrah dan haji.. pertama kali menjadi ibu atau ayah... pertama kali menunaikan zakat harta.. dan pelbagai lagi.




Kehidupan yang bermakna bermula dengan 'yang pertama'. Setiap 'yang pertama' bermakna adanya keberanian untuk melakukan perubahan (yang positif tentunya). Ia sememangnya mendebarkan namun segala matlamat tidak akan tercapai selagi 'yang pertama' tidak dilakukan. Selamat memulakan 'yang pertama' dan selamat maju jaya.


Friday, December 2

Nikmati Manisnya Iman






Salam Jumaat di awal Muharam.

Bersama nikmati manisnya iman dengan menjaga pandangan, melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram.

Sesungguhnya, manusia yang berjaya sentiasa lebih baik berbanding semalam.

Wednesday, November 16

Demi Masa



Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Yang saling berpesan-pesan pada kesabaran. Jua saling berpesan-pesan pada kebenaran.

Bersegeralah..
pada perkara kebaikan dan taqwa
kerana masa terus berjalan
dan pada setiap lafzah yang beredar
maka semakin dekat jualah saat kematian.

Thursday, November 10

Titian Ilmu I


Ramai orang belajar tetapi berapa ramai yang seronok belajar? Ramai orang pernah gagal dalam peperiksaan, namun berapa ramai yang redha dengan kegagalan tersebut? Ramai orang mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, namun berapa ramai orang yang menterjemahkan ilmu yang ada untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna? Ramai orang berjaya dalam hidup dengan ilmu yang dimilki, namun berapa ramai pula yang tahu bersyukur dan membantu orang lain untuk meraih kejayaan? Dan.. berapa ramai pula yang semakin tinggi ilmunya, semakin tinggi juga ketaqwaannya kepada Allah?



Pokok pangkalnya bertolak dari satu titik persoalan: "Ikhlaskah kita dalam menimba ilmu?".

Saturday, September 17

Hari Malaysia & al-Quran




Semalam, 16 September adalah Hari Malaysia. Hari penyatuan 'The Golden Chersonese' atau Semenanjung Emas dengan Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu di bawah satu jenama - MALAYSIA.





Kelmarin, saya terima email dari seorang teman. Katanya, mudah sekali untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan. Hanya perlu istiqamah membaca 4.5 helai sahaja setiap kali selepas menunaikan solat lima waktu. Jika ingin khatam dalam masa dua bulan, 2.25 helai. Sehelai untuk 4 bulan atau 1/2 helai untuk 8 bulan dan seterusnya. Nampak mudah bukan? Dan, alang-alang membaca, biarlah kita turut memahami setiap ayat yang dibaca dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.


Eh! Apa kaitan Hari Malaysia dengan al-Quran?


Jawabnya, kerana penghayatan sebenar terhadap isi kandungan al-Quran akan meneguhkan jati diri dan akal budi bangsa Malaysia yang berhemah tinggi.


Selamat membaca.. :)

Thursday, September 1

Indah

Waktu seakan terhenti meski ia terus berlari tanpa peduli. Sudah hampir dua bulan laman maya, Facebook mahupun email rasmi dan tidak rasmi dibiarkan bersawang untuk memberi tumpuan kepada si permata hati yang baru lahir ke dunia menjelang Ramadan al Mubarak.


Salam kemenangan di Syawal nan mulia. Selamat kembali kepada fitrah diri yang suci. Maaf zahir dan batin. Semoga kian 'indah' dan harum dari hari ke hari kerana keindahan sejati itu mengundang cinta Ilahi jua bahagia hakiki.



Monday, June 6

Populariti.. perlukah dikejari?




Terlalu banyak rancangan realiti tv dan terlalu ramai selebriti daripada rancangan berbentuk hiburan, permainan dan sukan hinggalah ke rancangan berbentuk ilmiah dan agama. Terlalu mudah untuk mengecap populariti dalam era globalisasi.. di zaman internet, i-pad, i-phone, you tube, blog, rangkaian sosial, CCTV dan pelbagai lagi. Perkukuh ilmu di dada kerana setiap orang berpotensi menjadi selebriti dalam sekelip mata.. dalam rela atau paksa.


Kata orang.. kalau takut dilambung ombak.. jangan berumah di tepi pantai. Selagi belum cukup persediaan.. usah turun ke gelanggang kerana risiko yang bakal ditanggung turut melibatkan 7 generasi mendatang. Fitrahnya manusia.. suka dikenali, popular dan disanjung tinggi. Fikir 7,777.77 kali sebelum mengejar populariti kerana hakikatnya, kehidupan yang 'low profile' atau tidak dikenali jauh lebih menenangkan akal dan hati.


Saturday, May 14

Kari Tanpa Santan




Kelmarin, buat pertama kalinya saya memasak kari daging tanpa santan. Ternyata, rasanya tetap enak dan menyelerakan. Yang penting, ia lebih baik untuk kesihatan terutamanya jika bekerja dalam sektor yang tidak memerlukan banyak aktiviti fizikal.



Seperti juga santan, dalam kehidupan adakalanya terdapat perkara yang dianggap penting tetapi sebenarnya tidak perlu, bahkan adakalanya berbahaya dalam mencapai sesuatu matlamat. Justeru, adalah penting untuk memahami antara perkara yang paling penting dengan perkara yang sederhana penting, kurang penting dan perkara yang langsung tidak penting. Dengan itu, barulah proses pembuatan keputusan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan matlamat dapat dicapai dengan efektif (berkesan) dan efisyen (cekap).


Tuesday, March 22

Pandang ke Belakang



Kepala saudara botak di belakang? Usah risau. Kata seorang teman, itu tandanya saudara suka memikirkan tentang masa silam. Contohnya: Ahli sejarah! Apapun, jika benar sekalipun, ia sekadar satu kebetulan. Belum ada bukti saintifik yang menyokong andaian teman saya itu.


Kata orang, pandang ke depan dan jangan toleh ke belakang. Kata saya, sesekali pandang ke belakang dan ambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Sejarah selalu berulang kerana tabiat manusia tidak berubah mengikut zaman. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari masa lampau supaya kita dapat mendepani masa sekarang dan masa akan datang dengan bijaksana. Kisah-kisah yang terpapar dalam al-Quran sebagai contohnya, meskipun telah lama berlalu ianya tetap relevan hingga ke hari ini kerana sifat, tabiat dan kecenderungan jiwa manusia tetap sama meski zaman telah berubah. Dan kerana itu, penawar bagi jiwa manusia tetap sama walau apapun panggilannya. Begitu juga dengan rentetan sejarah negara dan dunia yang dipelajari sejak di bangku sekolah menengah, terdapat pelbagai iktibar terangkum di dalamnya. Memahami sejarah bukan sekadar memahami fakta dan angka, namun yang yang lebih penting ialah mengambil ibrah dan merangka pelan tindakan yang terbaik untuk memastikan sejarah yang pahit tidak berulang kembali pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.


Memandang ke belakang adalah juga menginsafi segala yang telah dilalui (pagi tadi, semalam, minggu lepas, bulan lepas atau berpuluh tahun yang lalu) dan belajar dari pengalaman pribadi dalam mendepani liku-liku kehidupan. Adakalanya, kesejahteraan hidup tergugat kerana sentiasa mengulangi kesilapan yang sama. Puncanya sama seperti di atas.


Memandang ke belakang juga, bukan hanya melihat kesedihan dan tragedi yang berlaku. Memandang ke belakang juga bererti melihat semula kekuatan kejadian diri sebagai manusia-hamba Allah yang paling sempurna berbanding seluruh kejadian langit dan bumi, jua kekuatan diri sebagai sebahagian dari anggota keluarga, agama, masyarakat, bangsa dan negara yang sebenarnya masih tersisa pada diri, namun terbiar sia-sia. Justeru memandang ke belakang juga bererti mengumpulkan semula kekuatan yang ada dan bangkit semula untuk menjadi manusia yang bermaruah, terkehadapan, unggul, disegani, lagi dirahmati Ilahi.





Friday, February 18

Merawat Hati yang Sakit





Orang yang berpenyakit hati, pemikirannya sentiasa negatif. Apa saja dilakukan oleh orang lain semuanya dipandang pelik, salah dan meragukan. Akhirnya, orang lain bahagia dengan hidupnya, dia pula menderita tiada sudahnya. Alam yang terbentang luas serasa begitu sempit menyesakkan. Itu baru hukum dunia. Hukuman psikologi. Jika dalam psikologi, istilah yang munkin sesuai adalah personaliti 'narcissistic'.


Sesekali kita memang perlu berfikiran secara negatif tetapi dalam kerangka pemikiran yang luas dan terbuka. Justeru, andai suatu masa tiba-tiba pemikiran sentiasa negatif sepanjang masa, maka berhati-hatilah. Itu petanda jiwa sedang bermasalah dan perlu diubati segera.


Kesimpulannya, selalulah berbaik sangka atau berfikiran secara positif, terbuka, matang lagi bijaksana. Buat keputusan berdasarkan ilmu dan fakta yang ada, dan bukan hanya pada sangkaan semata-mata. Orang yang selalu berbaik sangka lazimnya terdiri dari manusia yang beriman, ikhlas lagi lurus jiwanya. Namun, usah menyangka bahawa mereka ini lurus bendul serta mudah diperkotak-katikkan. Berhati-hatilah dengan firasat mereka yang tajam.. kerana mereka ini melihat bukan hanya dengan dua mata... dan mendengar.. bukan hanya dengan dua telinga.


Thursday, December 16

Cemerlang Meniti Waktu



Alhamdulillah... setiap detik usia kita bertambah.
Moga pada setiap detik itu.. kita kian cemerlang.. secemerlang jejaknya para nabi dan rasul
kian tenang dan bahagia.. sedamai penghuni syurga
kian berani.. senekad syuhada di medan Uhud
kian bijaksana.. seunggul ilmuan nan faqih
walau siapapun kita
walau di manapun kita berada
walau apa jua amanah kita
kerana hari ini.. detik ini..
kita mesti sentiasa lebih baik
dari setiap hari.. jua setiap detik yang telah pergi dan tak kan kembali.

Salam kecemerlangan.. pada setiap lafzah yang berlarian.

Sunday, March 14

Membangun Pribadi Terpuji


Berkawan dengan teman yang baik bagai berkawan dengan penjual minyak wangi. Keharumannya turut terpalit kepada temannya yang lain. Sebaliknya, berkawan dengan teman yang jahat diibaratkan seperti berkawan dengan tukang besi. Sesekali api terpercik membakar tubuh. Pendapat tersebut ada benarnya kerana keperibadian manusia juga sangat dipengaruhi oleh proses sosialisasi. Justeru, pemilihan teman yang baik adalah penting dalam usaha membangun peribadi terpuji.


Terdapat pelbagai ciri teman yang baik.


Antaranya, saya tertarik dengan pandangan seorang profesor dalam subjek Pembangunan dari Perspektif Islam yang saya ikuti lama dulu.


"Cari rakan yang sebegini sifatnya:


1. apabila kamu memandangnya, kamu ingat akan Allah.

2. apabila bersamanya, ilmu kamu bertambah.

3. apabila kamu bergaul dengannya, akhlaknya mengingatkanmu akan ahli syurga".



Alhamdulillah, saya temui ramai teman yang sebegini sifatnya. Semoga populasi manusia yang berkualiti, trampil dan terpuji sentiasa bertambah dari masa ke semasa... bersesuaian dengan risalah Islam sebagai pembawa rahmat ke seluruh jagatraya.