Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Thursday, April 22

Tersasar di Usia Senja




Seseorang mengadu, ayahnya berubah 360 darjah di senja usia. Bukan ke arah kebaikan tetapi keburukan – enggan solat, enggan pergi ke masjid, pemarah dan enggan bercampur-gaul dengan masyarakat setempat. Perwatakannya jauh berubah selepas bekerja sebagai jaga di Kuala Lumpur selama beberapa tahun.


Usia bukanlah ukuran mutlak kematangan dan kebijaksanaan seseorang.Tanpa iman yang teguh, ilmu yang mantap dan rakan-rakan yang membina, individu mudah saja dipengaruhi arus persekitaran negatif yang melingkunginya. Justeru, keprihatinan keluarga dan anggota masyarakat dalam melaksanakan tuntutan amar maaruf nahi munkar diperlukan untuk mencegah virus ini berleluasa. Dalam pada itu, budaya ilmu perlu disuburkan dalam diri setiap individu untuk membentuk ‘locus of control’ atau daya kawalan kendiri yang teguh dan kesedaran bertuhan yang utuh (God consciousness). Semoga dengan itu, penambahbaikan terus berlangsung dari masa ke semasa dan bukan sebaliknya. Semoga dengan itu, kita saling menjadi asbab kepada kecemerlangan insan lain dalam meniti kehidupan dan.. semoga dengan itu juga, kita sentiasa lebih baik berbanding semalam yang ditinggalkan.



No comments: