Antara babak yang agak lucu namun sadis dalam filem Melayu adalah kisah batu belah batu bertangkup. Ia gambaran sifat seorang seorang ibu yang kerapuhan iman, cetek pemikiran serta amat mementingkan diri sendiri. Hanya kerana telur tembakul yang dimakan oleh anak lelakinya yang masih kecil dan memerlukan zat pemakanan yang lebih, ia mengalami kemurungan yang terlampau lalu membunuh diri. Rajuk yang tidak munasabah. Padahal, secara logiknya, boleh saja ia mencari telur tembakul yang lain dan mendidik anaknya dengan penuh kasih-sayang. Ternyata, nafsu amarah yang dituruti akhirnya menceburkan diri dan keluarganya ke lembah kebinasaan, Anak-anak yang seharusnya mendapat pembelaan, dibiarkan terkontang-kanting, dan akhirnya tanggung-jawab mendidik dan mengasuh anak-anak diserahkan bulat-bulat kepada masyarakat. Jika ramai bilangan manusia dengan mentaliti sebegini, bermakna amat rapuhlah sesebuah masyarakat, bangsa ataupun negara itu.
Bandingkan situasi di atas dengan kisah seorang wanita yang datang kepada Saidatina Aisyah bersama dengan dua anaknya. Saidatina Aishah memberi ibu tersebut tiga biji kurma, lalu ibu tersebut memberikan satu biji kurma kepada setiap anaknya. Bakinya hanya satu iaitu untuk dirinya. Setelah kedua anak perempuannya selesai makan, mereka memandang-mandang kepada ibu mereka. Lalu, ibu tersebut membelah dua kurma yang tinggal dan diberikan kepada kedua anaknya.
Bagaikan langit dan bumi bukan?. Namun, inilah sindiran kepada realiti yang terjadi kepada segelintir dari kita pada hari ini bahana terlalu mengikut kata hati yang telah dicemari sekian banyak radiasi, sehingga akhirnya memakan diri dan membinasakan kesejahteraan keluarga dan komuniti.
1 comment:
salam dear mia,
ahaha, kelakar katun tuh. lina tgh ambik cuti seminggu for correcting my thesis. doakan this week i will finish everything.
keje di ofis menanti masya allah byknyer. latest news i received just this eve - i become one of committee co host dgn one of uni kat indonesia. so i need to go there - sulawesi in june..
being one of committee means - more works!!!! ahahaha..i feel like i wanna cry..
Post a Comment