Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Showing posts with label Universiti Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Universiti Ramadan. Show all posts

Wednesday, September 16

Salam Aidilfitri




Maaf Zahir & Batin


Selamat bergraduat dari Universiti Ramadan dengan kepujian kelas pertama.


Hati-hati diperjalanan.
Moga dilimpahi keberkatan, keampunan & kemuliaan.


Salam ukhuwah.
Moga berbahagia & berjaya disepanjang musim kembara


Nota: Laman ini mulai bercuti dan jarang atau tidak dikemaskinikan hingga 27 September 2009.

Monday, September 14

Taufan Cinta Menderu: Semangat Badar



Taman ilmu dan budi. Penghuninya kini sang tiung yang peramah, sang kucing yang manja dan sang bangau yang setia. Sirih sudah pulang ke gagangnya. Sang penyu kembali ke pantai kecintaannya. Sang ikan pulang ke lubuknya. Terkini, tebuan juga sudah pulang ke sarangnya. Taman ini sungguh indah, sunguh damai… seindah, sedamai Ramadan yang membahagiakan… semurni… sesegar rumput nan menghijau usai hujan rahmat yang berlimpahan.



Ceri merenung ke langit biru dari jendela kamar yang terbuka luas menghadap ke kampusnya yang damai dalam pelukan alam yang menghijau. Ramadan kareem kini berada di penghujungnya. Hatinya tersayat sayu . Tak sanggup rasanya untuk melepaskan. Alangkah rindunya dia nanti… saat Ramadan berlalu pergi… meninggalkannya termangu sendiri… menghitung hari. Air matanya jatuh lagi… berderaian bagai mutiara salju … tak tertahan rasa hati.



“Biarkan Ramadan berlalu pergi sayang. Asal semangatnya masih di sini… di nuranimu yang paling dalam.. semangat Badar yang tak sekali-kali tunduk pada kekufuran dan nafsu yang membinasakan. Semangat pejuang sejati yang tak pernah mampu dikalahkan meski nyawa sudah tercerai dari badan”. Mersik suara bonda memujuknya di hujung talian.



Ceri tersenyum tenang. Malam berlabuh datang. Bulan seakan tersenyum, bertasbih di balik awan. Bintang seakan bersujud, disimbah nur iman. Ceri bingkas bangun, memperbaharui wuduk, mengulang-ngulang juzuk ke 25 dalam setiap rakaat tahajudnya sebelum menutupnya dengan witir dan munajat yang panjang. Semangat Badar menderu-deru. Tugasan pengajiannya segera disempurnakan satu per satu. Taufan cintanya berseru… demi Esa… seluruh jiwa dan raganya segera dihijrahkan… sepantas buraq… merentas cakrawala…. memburu al-falah beriring jiwa mutmainah. Allahu akbar!

Sunday, September 13

Meniti Bahagia




Sesungguhnya orang-orang beriman kepada ayat-ayat Kami adalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat itu, mereka meniarap sujud dan bertasbih memuji Tuhannya, sedang mereka tiada sombong.

Rusuk mereka jauh dari tempat tidur (kurang tidur malam) mereka, sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan penuh takut dan harap , dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka di antara bermacam-macam kesenangan, sebagai balasan di atas apa yang mereka kerjakan.


~As-Sajadah, 15-17~

Saturday, September 12

Tazkirah Ramadan II



Bermula awal Ramadan, setiap hari kotak mesej saya didatangi dengan tiga mesej percuma dari MAXIS: Waktu imsak di seluruh Malaysia, waktu berbuka puasa di seluruh Malaysia dan tazkirah Ramadan. Sayang untuk memadamkannya namun memori telefon bimbit saya sudah tidak mampu untuk menampungnya lagi. Berikut antara peringatan yang diberi:



  1. Cuba sedaya upaya mengawal pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang serta tercela lagi terkutuk di sisi Allah Taala

  2. Cukupkan solat sunat terawih serta witir sepanjang Ramadan kerana ia hanya ada pada bulan ini sahaja dan tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain

  3. Elakkan makan daripada makanan yang syubhah iaitu ragu-ragu samaada ia halal atau haram dan yang ternyata haramnya ketika berbuka puasa atau bersahur

  4. Jangan banyakkan tidur di siang hari kerana hanya tidur orang berpuasa yang berpada-pada sahaja akan dikira sebagai ibadah.

  5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta memahami isi kandungan Al-Quran. Ganjaran pahala yang besar menanti khususnya di bulan Ramadan ini

  6. Menyediakan makanan untuk orang yang berbuka puasa besar ganjarannya. Nabi bersabda yang bermaksud: Pahala orang yang memberi makan orang yang berbuka puasa sama dengan orang yang berpuasa- Tirmizi

  7. Orang berpuasa lalu membuat amalan sunat, diampunkan dosa dan tergolong dalam orang-orang yang benar. Sesiapa menghidupkan Ramadan, terampun dosanya- Bukhari.

  8. Pada bulan Ramadan ditutup rapat pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga - Bukhari

  9. Peliharalah lidah dari bercakap-cakap kosong, mengumpat, memfitnah, berkata lucah, atau sia-sia lagi melalaikan serta aktiviti yang membuang masa.
  10. Ramadan mengajar umat berkongsi kesusahan yang dialami fakir miskin dan yang memerlukan. Falsafah puasa menerbitkan keinsafan.
  11. Banyakkan zikir di bulan Ramadan. Dua perkara yang yang tuhanmu redha adalah kalimah Lailahaillallah dan Astaghfirullahal a'zim.


Nota: Terima kasih daun keladi :)

12 Beradik Hilang Tempat Bergantung


" Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya, Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.


Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan . Dalam tragedi tersebut, Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri, meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu.


Abdul Karim meninggalkan dua belas anak yang berusia antara 9 hingga 24tahun. Sementara itu Imtinan yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga adik-adiknya berkata , beliau reda dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Beliau yang berkerja sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat, dekat sini berkata biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau akan cuba sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami adik-beradik bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupunmenghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi(ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya beliau tidak mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa menyara enam lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.


Disaat ini juga katanya, beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Adilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, initermasuklah baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi . "tidak tahulah sama mampu beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya.bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak pada hari raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama sekali dan kami pun ramai.


Mereka terdiri daripada ,Imtinan ,24 , Ibtihal 23, Inshyirah , 21, Izyani , 18 , Ilhamina , 17 ,Ibtisam , 17 , Ibtihaj , 16 , Ismahani , 15 , Mohd Ikram 14 , dan Imtiyaz, 9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya , Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut.


Setiap kali kakak mereka bercerita mengenai ayahnya masing-masingb ergenangan air mata. paling tersentuh apabila melihat Mohd Ikram yang diapit kakak dan adik-adiknya tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila ditanya mengenai cita-citanya. Beliau terus menundukkan kepala beberapa ketika bagi menahan sebaknya. Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 ,Ulu Langat ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu air matanya. Ketika ini juga adik-adiknya yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.


Dalam pada itu, Inshyirah yang mengambil upah menjahit baju, berkatabeliau akan mencari pekerjaan lain untuk membantu adik-adiknya . Beliauyang menetap bersama neneknya di Perak berkata, tidak akan membiarkan adik-adiknya susah, yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.


Sementara itu sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut bolehlah menghulur bantuan menerusi akaun bank
INSHYIRAH ABDULKARIM : 158136726121 MAYBANK


TAZKIRAH RAMADHAN:


Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh. Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka.


Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa,tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan merekasebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :


Rasullullah dalam Hadis :


خَيْرُ بَيْتٍ فِيالْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌيُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِيالْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌيُسَاءُ اِلَيْهِ


Ertinya :


Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.


Nota:



  1. Emel kiriman Sis Radwah Abu Bakar, gambar sekadar hiasan
  2. Sucikan jiwa dan harta dengan pemberian tulus ikhlas
  3. Apabila mati anak Adam, seluruh pahala amalannya terputus kecuali 3 perkara: Doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang dimanfaatkan.
  4. Siapkan payung sebelum hujan, pastikan orang tersayang tidak ditinggalkan dalam keadaan lemah.
  5. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah Allah yang Maha Penyayang

Wednesday, September 9

Tazkiratul Maut




Semalam, seorang teman sekelas, Saudari Eliza meninggal dunia berpunca dari penyakit barah hati. Pemergiannya dirasai kerana beliau seorang yang ceria, bersemangat, unik dan aktif. Beberapa orang teman merasa terkilan kerana tidak berkesempatan menghubungi beliau ketika Allahyarham menjalani rawatan di hospital. Berbagai perancangan telah dibuat oleh beliau namun perancangan Allah mendahului segala sesuatu. Semoga rohnya berbahagia di negeri abadi.


Al-fatihah.


Nota: Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara.

Monday, September 7

Membina Mahmudah


Seseorang bertanya: "Bagaimana membina sifat mahmudah (positif/terpuji) dalam diri?".


Jawapan saya mudah: "Ingat mati !"


Thursday, September 3

Lailatul Qadar



"Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .





Antara info menarik tentang Malam Lailatul Qadar atau The Power of Knight di sini:


  1. Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya (Ustaz Zaharuddin)

  2. Malam al-Qadr anugerah Ilahi (Ustaz Dr Zahazan)

  3. 101 Doa Para nabi dan rasul dalam al-quran (Ustaz Dr. Zahazan Mohamed)

Tazkirah Ramadan






Lagi koleksi informasi, artikel, tips dan kad ucapan Ramadan:



http://www.jannah.org/ramadan/






Puasa Didik Rohani Jauhi Sifat Keji


Oleh Nik Salida Suhaila Nik Salieh salidasuhaila99@yahoo.com


KESERONOKAN beramal pada Ramadan semakin terasa selepas lebih 10 hari berpuasa. Umat Islam juga mula memahami bahawa bukan berpuasa saja ibadah yang boleh dilakukan pada bulan rahmat ini, tetapi juga amalan lain seperti bersedekah, beriktikaf, bertadarus, menunaikan umrah dan qiyam pada malam sunyi, mudah-mudahan mendapat rahmat lailatul qadar dan sebagainya. Puasa juga mendidik rohani agar menjauhi semua sifat terkeji yang didalangi iblis.


Amalan bersedekah seperti memberi makan orang berbuka puasa, sudah menjadi rutin umat Islam. Dulu, amalan ini dilakukan kepada anak yatim dan golongan miskin, tetapi hari ini ramai dermawan menunaikan hajat dengan bersedekah di surau atau masjid tanpa mengira golongan disasarkan. Anak yatim dan orang miskin sudah mewah dengan juadah berbuka yang diadakan di hotel, bahkan mereka diberikan lagi duit raya walau Ramadan baru sehari dua.


Seperti dimaklumi, salafus salih seperti Abdullah bin Umar, Dawud Ath-Tha'i, Malik bin Dinar, Ahmad bin Hambal, Hasan Al-Bashri, Ibnul Mubarak dan lain-lain lagi sentiasa berlumba-lumba memberi makan dan mereka lebih mengutamakannya daripada ibadah lainnya sama ada dengan memberi makan orang lapar atau memberi makan saudara yang salih, bukan semata-mata seseorang fakir saja.


Keadaan ini berlarutan walaupun selepas Ramadan kerana nikmat berkasih sayang dengan membantu sesama mukmin mendekatkan diri mereka dengan Allah SWT. Dalam sebuah hadis diriwayatkan At-Timizi (dengan sanad hasan), Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa saja di antara orang mukmin memberi minum saudaranya sesama mukmin yang dahaga, nescaya Allah memberinya minuman Rahiqul Makhtum."


Sekiranya umat Islam menghayati nikmat kehambaan dan merasai manisnya iman kerana berbuat baik sesama Muslim, pasti semuanya tidak melepaskan peluang Ramadan kali ini untuk menunaikan hajat saudara yang kurang berkemampuan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan beban orang susah.




Gempa Bumi



AP – A boy who was injured in the earthquake reacts at a hospital in Tasikmalaya, West Java, Indonesia
By IRWIN FEDRIANSYAH, Associated Press Writer Irwin Fedriansyah, Associated Press Writer

CIKANGKARENG, Indonesia – Rescuers dug through rocks and debris with their bare hands Thursday in search of dozens of villagers believed buried in a landslide triggered by a strong Indonesian earthquake that killed at least 46 people and damaged thousands of buildings.


At least 110 people were hospitalized with injuries from the 7.0 magnitude quake just off the coast of densely populated Java island, Disaster Management Agency spokesman Priyadi Kardono said, adding that 10 were in critical condition.


The earthquake Wednesday afternoon caused destruction across West Java province, where more than 18,300 homes and offices were listed as damaged, around 9,000 of them seriously, Kardono said. At least 5,300 people were forced into temporary shelters, he said.


Some rural areas could not be reached by telephone and there may be more victims and damage, officials said.


Many of the deaths and injuries were caused by falling debris or collapsed walls and roofs.
In the village of Cikangkareng in Cianjur district, a landslide buried a row of homes under tons of rock and mud. At least 13 bodies were recovered and villagers were searching for dozens of people believed missing, Kardono said.



"Everything is gone, my wife, my old father-in-law and my house ... now I just hope to find the bodies of my family," farmer Ahmad Suhana, 34, said as he pried at giant stones with a crowbar.
Heavy digging equipment had not reached the remote village, which President Susilo Bambang Yudhoyono was to visit later Thursday. Police, military personnel and villagers used their hands.
Maskana Sumitra, a district administrator, said 11 houses and a mosque were buried by the landslide and estimated that more than 50 people were trapped and feared dead.


"The chance of survival is so slim ... but we have to find them," Sumitra said.


The prolonged shaking from the quake was felt hundreds of miles (kilometers) away on the neighboring resort island of Bali.


In the capital, Jakarta, 125 miles (190 kilometers) north, thousands of panicked office workers flooded out of swaying skyscrapers onto the streets, some of them screaming.


The Disaster Management Agency said at least 46 people were confirmed dead.


Dede Kurniati said her 9-year-old son was playing at a friend's house when the earthquake struck and is now "buried under the rocks."


"I lost my son ... now I just want to see his body, I want to bury my lovely son properly," she said, weeping.


Hospitals in towns and cities across West Java province quickly filled with scores of injured people, most of them with broken bones and cuts.


A tsunami warning was issued after the quake struck at mid afternoon but was lifted an hour later. Several dozen aftershocks were measured by geological agencies.


Indonesia, a vast archipelago, straddles continental plates and is prone to seismic activity along what is known as the Pacific Ring of Fire. A huge quake off western Indonesia caused a powerful tsunami in December 2004 that killed about 230,000 people in a dozen countries, half of them in Aceh province.



Nota:



1. Hargai insan yang masih ada

2. Adakah bangunan di Malaysia mampu bertahan apabila gempa-bumi berlaku?

3. Salam takziah buat warga Indonesia. Moga redha Allah mengiringi pemergian mereka. Al-Fatihah.

*Ambilan dari Associate Press di Yahoo News





Wednesday, September 2

Pencuri !


BERTANGGUH...pencuri masa yang pintar. Tewaskan ia, sebelum masa anda diragut tanpa sedar.

Indahnya Ramadan



INDAHNYA RAMADHAN(MAJALAH CAHAYA OGOS 2006)


Fikir Sejenak


INDAHNYA RAMADHAN


Oleh: Haslinda Lukman


Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )


Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)


Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)


Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.' (HR Bukhari)


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: 'Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.' (H.R Muslim)


Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: 'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)70 tahun.' (HR Bukhari)


Dari Ibnu 'Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: 'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.' (HR Muslim)


Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: 'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'( H.R Ahmad)


Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.

2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu.

Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)


Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.' (HR Ahmad)


Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)


Sabda Rasulullah SAW.; 'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.' (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)


Nabi SAW bersabda; 'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.' ( Riwayat Al Baihaqi)


Rasululah SAW bersabda; 'Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.' ( Sahih Bukhari)


Semoga paparan ini dapat membuka minda kita bagi merebut peluang keemasan yang ada dibulan Ramadhan kali ini.(Selamat Berpuasa!)


Nota: Ambilan dari Laman JAKIM

Sunday, August 30

The Virtues and Noble Character of Rasulullah SAW


Shamail Thirmidzi


The Virtues and Noble Character of The Prophet Muhammad SAW


Classic Book of Hadeeth by Imaam Abi 'Eesaa Muhammad bin 'Eesah bin Sorah At-Tirmidhi R.A.(209-279A.H.)


Commentary by Shaykhul-Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Muhajir Madni (R.A)


Presented in Arabic and English



Introduction
Preface
1
Chapter on the noble features of Rasulullah
Arabic Chapter
2
Chapter on the Seal of Nubuwwah (Prophethood) of Rasulullah
Arabic Chapter
3
Chapter on the mubaarak hair of Rasulullah
Arabic Chapter
4
Chapter on the combing of the hair of Rasulullah
Arabic Chapter
5
Chapter on the appearing of the white hair of Rasulullah
Arabic Chapter
6
Chapter on Rasulullah using a dye
Arabic Chapter
7
Chapter on the kuhl of Rasulullah
Arabic Chapter
8
Chapter on the dressing of Rasulullah
Arabic Chapter
9
Chapter on the khuff (leather socks) of Rasulullah
Arabic Chapter
10
Chapter on the shoes of Rasulullah
Arabic Chapter
11
Chapter on the mubaarak ring of Rasulullah
Arabic Chapter
12
Chapter stating that Rasulullahwore the ring on his right hand
Arabic Chapter
13
Chapter on the sword of Rasulullah
Arabic Chapter
14
Chapter on the armor of Rasulullah
Arabic Chapter
15
Chapter on the helmet of Rasulullah
Arabic Chapter
16
Chapter on the turban of Rasulullah
Arabic Chapter
17
Chapter on the lungi of Rasulullah
Arabic Chapter
18
Chapter on the walking of Rasulullah
Arabic Chapter
19
Chapter on the qinaa of Rasulullah
Arabic Chapter
20
Chapter on the sitting of Rasulullah
Arabic Chapter
21
Chapter on the pillow of Rasulullah
Arabic Chapter
22
Chapter on Rasulullah leaning on something other than a pillow
Arabic Chapter
23
Chapter on the description of the eating of Rasulullah
Arabic Chapter
24
Chapter on the bread of Rasulullah
Arabic Chapter
25
Chapter on the description of the curry of Rasulullah
Arabic Chapter
26
Chapter on Rasulullah performing wudu at the time of eating
Arabic Chapter
27
Chapter on the words that of Rasulullahsaid before and after eating
Arabic Chapter
28
Chapter on the cup of Rasulullah
Arabic Chapter
29
Chapter on the fruits eaten by Rasulullah
Arabic Chapter
30
Chapter on the description of the things Rasulullah drank
Arabic Chapter
31
Chapter on those hadith describing the manner Rasulullah drank
Arabic Chapter
32
Chapter on Rasulullahu seing 'itr
Arabic Chapter
33
Chapter on the speech of Rasulullah
Arabic Chapter
34
Chapter on the laughing of Rasulullah
Arabic Chapter
35
Chapter on the description of the joking of Rasulullah
Arabic Chapter
36
Chapter on the description of the saying of Rasulullahon poetry
Arabic Chapter
37
Chapter on the story telling of Rasulullahat night
Arabic Chapter
38
Chapter on the sleeping of Rasulullah
Arabic Chapter
39
Chapter on the worship and devotion of Rasulullah
Arabic Chapter
40
Chapter on salaatut duha (chaast prayers)
Arabic Chapter
41
Chapter on Sayyidina Rasulullahperforming nawaafil at home
Arabic Chapter
42
Chapter on the fasting of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
43
Chapter on the recital of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
44
Chapter on the weeping of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
45
Chapter on the narrations of the bed of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
46
Chapter on that which has been narrated on the humbleness of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
47
Chapter on the noble character and habits of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
48
Chapter on the Modesty of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
49
Chapter on the hajaamah (cupping- cautering) of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
50
Chapter on the living of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
51
Chapter on the names of Sayyidina Rasullah
Arabic Chapter
52
Chapter on the noble age of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
53
Chapter on the death of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
54
The legacy of Sayyidina Rasulullah
Arabic Chapter
55
Chapter on the seeing of Sayyidina Rasulullah in a dream
Arabic Chapter


Nota: Ambilan dari laman Inter Islam: Shamail Tirmidzi. Moga dapat mengubat kerinduan tuan kepada Rasul junjungan di bulan Ramadan yang mulia ini.


Pejuang


Saturday, August 29

Tips Mengubah Tabiat Negatif



1. Tetapkan tabiat negatif yang ingin diubah (contohnya: kuat tidur)
2. Senaraikan kesan akibat tabiat tersebut serta faedah yang diperoleh dari perubahan. Simpan catatan tersebut.
3. Tetapkan tempoh masa yang realistik untuk berubah (contoh: seminggu, sebulan atau setahun)
4. Niatkan dalam hati untuk mengubah tabiat tersebut setiap malam sebelum tidur dan ketika bangun di awal pagi. Mohon kekuatan dari Allah untuk melakukan perubahan. Jika perlu tampal di tempat strategik. Baca setiap hari. Sucikan hati dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar.
5. Jauhi dari objek dan subjek yang dapat menggugat perubahan sehingga yakin dapat mengatasinya dengan baik. Dapatkan bantuan perubatan, nasihat pakar dan peralatan khas untuk perubahan tersebut jika perlu. Gantikan tabiat negatif dengan tabiat positif yang lain. Isi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.
6. Jika perlu, beritahu perubahan yang ingin dilakukan kepada individu yang anda suka dan percaya dapat memberikan sokongan moral. Dekatkan diri dengan individu yang berilmu lagi berakhlak mulia. Baca dan tonton bahan bermutu dan terpilih.
7. Istiqamah. Lakukan perubahan secara bertahap tetapi berkekalan. Tandakan setiap pencapaian dan berikan hadiah pada diri sendiri sebagai ganjaran. Kekalkan perubahan sehingga menjadi tabiat atau tret pribadi.


Friday, August 28

Khabar Ramadan


Ramadan yang tenang.. insan beriman bahagia dalam ketaatan. Kelmarin, teman saya di Shah Alam memberitahu, bapanya sudah pulih dari wabak dan sudah kembali ke rumah. Alhamdulillah... terhentilah sudah tangisannya dan dapatlah teman saya itu bersahur dan berbuka puasa bersama bapanya lagi.

Buat teman-teman yang masih punya ibu dan bapa mahupun ibu dan bapa tiri dan ibu dan bapa mertua, hargailah setiap kesempatan yang ada untuk membahagiakan keduanya di dunia. Walau secengih dan seburuk manapun perilaku mereka, mereka tetap punya hak untuk dihormati dan dilayan dengan sebaiknya. Benar, tak semua orang dikurniakan ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab. Beruntunglah sesiapa yang memiliki ibu bapa yang baik lagi bertingkah terpuji. Namun, usahlah bersedih andai perkara sebaliknya berlaku. Teguhkan diri dengan kesabaran dan munajat yang tiada putusnya disamping melayani kerenah mereka dengan bijaksana. Saya percaya, sebagai khalifah Allah, saudara berupaya untuk mengurus dan memperbetulkan kepincangan yang ada dengan penuh berhikmah.


Ramadan kareem yang menginsafkan. Seperti selalunya, Ramadan yang mulia ini turut membawa pulang insan-insan terpilih berpulang ke pangkuan ar-Rahman untuk selama-lamanya.

Semalam, negara kehilangan pakar ekonomi dan juga seorang senator yang sangat istimewa iaitu Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh. Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan dari China ke Singapura. Semoga rohnya berbahagia di kembara alam barzakh dan alam akhirat yang setia menanti. Al-Fatihah.


Semalam juga, ibu saudara saya yang ramah dan baik hati telah berpulang ke rahmatullah dalam usianya 90 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.


Semakin usia bertambah, semakin banyak khabar suka dan duka singgah ke gegendang telinga. Sebagai insan beriman, kesemuanya diterima dengan penuh prihatin, tenang dan redha. Dalam melayari kehidupan, terkadang angin membawa kapal kita ke destinasi terpilih namun adakalanya angin yang sama juga bertukar menjadi taufan yang membinasakan. Persiapkan diri sebaiknya untuk mengharung badai yang melanda. Tak semua yang kita mahukan akan kita perolehi dan tak semua yang kita mahukan adalah baik untuk dunia dan akhirat kita. Apapun, berbahagialah dengan apa jua. Mudah-mudahan kehidupan kita di dunia ini sentiasa lebih baik berbanding sebelumnya dan semoga Allah mengizinkan kita menyempurnakan kehidupan kita itu dengan kesudahan yang sangat baik (husnul khatimah) pula. Amin ya rabbal a'lamin.


Friday, August 21

Selamat Datang Ramadan


Alhamdulillah... Ramadan tiba lagi. Esok (Sabtu), kembara Ramadan kita bakal bermula. Selamat maju jaya :).