Ibu bapa bukanlah sempurna namun mereka berhak untuk dihormati dan dimuliakan oleh anak-anak yang telah meningkat usia remaja dan dewasa.. walau sehebat manapun kedudukannya.
Terlalu banyak sebab untuk seorang anak berterima kasih kepada kedua ibu-bapanya. Antaranya kerana lahir dalam ikatan perkahwinan yang sah. Mengapa? Kerana terlalu banyak kes anak tak sah taraf atau bayi luar nikah setiap tahun (Lampiran: Statistik anak luar nikah di Malaysia).
Terima kasih ibu... terima kasih ayah!
***
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Sumber: http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/

No comments:
Post a Comment