Bila suhu badan si manja nan comel meningkat sehingga 39 darjah celcius, pasti si ibu dan ayah menjadi gusar. Selain memberinya ubat demam seperti paracetamol untuk kanak-kanak, tuala lembap yang dibasahkan dengan air sejuk atau ais boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan. Caranya, ambil sehelai tuala yang bersih, basahkan dengan air ais, perahkan airnya dan letakkan tuala tadi di atas dahi si comel. Lakukan dengan kerap. Lebih mudah, gunakan dua atau tiga helai tuala sekaligus (secara berganti-ganti).
Terima kasih kepada Pn. Siti Rabaah Hamzah atas petua yang mudah ini. Alhamdulillah, suhu badan si manja saya turun 3 darjah celcius dalam masa 10 minit !
No comments:
Post a Comment