Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Showing posts with label Nota Cinta. Show all posts
Showing posts with label Nota Cinta. Show all posts

Tuesday, June 5

Fitnah



Akhir zaman fitnah melata... selidik dulu sebelum percaya. 


Friday, May 18



Wajah yang sentiasa tersenyum.. petanda jiwa yang tenang, redha dan sentiasa bersyukur kepada Allah. 



Monday, April 30

Demi Satu


Belajar usah jemu.. dan bertindaklah berasaskan ilmu.. bukan taqlid melulu..
agar diri terpandu.. melerai buntu ragu pilu..demi Satu.

Tuesday, April 24

Cerita


Tak semua cerita boleh diceritakan.

Thursday, March 22

Pagi Berseri


Mulakan pagi.. dengan senyum berseri.. di jalan yang lurus.. dengan hati nan tulus.


Monday, January 30

Taksub


Sekali-kali usah taksub pada manusia


yang tak pernah sempurna


kerana nanti pasti sukar


menerima kekurangannya


meski sezarah cuma


dan amarah pun melata


tika diri dikhianati kala tidur


lalu terjaga.


Thursday, November 24

Berdoalah...





Berdoalah... Doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman. Doa itu sumber inspirasi dan kekuatan. Doa itu penawar segala kesakitan. Doa itu petanda bahawa kita ini hamba-Nya yang serba kekurangan, sedang Allah itu Maha Agung lagi Maha Berkuasa.

Berdoalah... Dalam doa ada ketulusan dan pengharapan. Dalam doa ada kecintaan dan keindahan.

Berdoalah... Berdoalah untuk diri sendiri. Berdoalah jua untuk kebaikan orang lain meski tanpa dipinta, malah tanpa pengetahuannya. Insha-Allah, kebaikan itu akan kembali berlimpah kepada diri kita jua... meski tanpa dipinta.

Berdoalah... dan terus berdoa... dalam susah mahupun senang.. diwaktu sempit mahupun lapang... sehingga diri berangkat pulang.. kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Saturday, October 1

Rencah Kehidupan




Sihat itu nikmat.. sakit itu hikmat.

Masa sihat.. syukurilah.. dan masa sakit.. bersabarlah.



Friday, April 22

Sedih itu Indah?



Dalam kesedihan ada keindahan. Nikmati ia dengan jiwa yang tenang.






UIAM, 11 April 2011

Wednesday, April 13

Riangkan Hati..



Kehidupan bagai pemetik api..

lebih pantas dari kuda yang berlari.


Riangkan hati...

saat emosi berkocak kencang

agar tiada lara

di hati yang tersayang.




Monday, March 28

Kata Perut..


Lapar itu nikmat

kerananya serasa lazat

meski yang terhidang

cuma semata

nasi dan garam.


Lapar itu rahmat

kerananya manusia mengerti

mahalnya nikmat kenyang

lantas memberi

pada yang kasihan.


Thursday, March 24

Beza Antara Kita






Tika kita membelanjakan ribuan ringgit

membuang lemak di badan

anak-anak kecil mereka

menangis kelaparan.. kedinginan..

di celah runtuhan batu dan serpihan peluru berpandu.



Tika kita membelanjakan ribuan ringgit

bersantai di spa

merias rupa

dibelai haruman bunga

mereka diburu serigala

dan kehilangan kepala.




Saturday, March 19

Catatan Fukushima






Apakah Tuhannya matahari sudah terlalu murka

lantaran kami sujud kepada matahari

dan melupakan Dia?

Sunday, February 13

Berani Jaya




Bila orang lain gagal... tak semestinya kita juga akan gagal.

Rezeki, bakat dan kebolehan setiap orang berbeza.


Bila berjaya usah sombong.

Semua itu ujian, rahmat jua kurnia dari-Nya.






Friday, November 26

Wednesday, November 17

Salam Aidil Adha.



Selamat menyempurnakan ibadah haji.
Selamat menunaikan ibadah korban.

Semoga setiap pengorbanan mengundang jutaan rahmat dan keampunan.



Monday, November 15

Kamar Baqa




Siapa bilang
aku tak harus peduli
kerna nantinya

kubur kita berbeza?


Ternyata
kita seperliangan
beradu di kamar baqa

sementara menanti

tiupan sangkakala.


Sunday, November 14

Tangisan Merapi



Dunia yang sementara
bukan untuk kutangisi atas kehancurannya
kerana yang lebih layak untuk kutakuti
adalah Dia - Allah Yang Maha Esa.



Monday, September 13

Salam Aidilfitri



Selamat kembali kepada fitrah diri yang suci.

Semoga berbahagia di bulan terpuji.

Maaf zahir dan batin.

Sunday, August 22

Ingat dia di sana...

Sekian banyak nikmat yang dilupai...



nikmat m a k a n ... b er lim pa h - r u a h...

n i k m a t h i d u p... b e r me wa h - m e w a h...


nikmat k u a s a... n i k m a t m e r d e k a ... d a n ent a h a p a - a p a l a g i...



...kerna yang derita bukan empunya diri.




Ingat dia di sana...
kerna syukur yang sebenarnya...

... kan menggugah senario perdana.