Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Showing posts with label Tips menangani stres. Show all posts
Showing posts with label Tips menangani stres. Show all posts

Monday, February 6

Klik.. Klik



http://www.cimbclicks.com.my/


Kini segala urusan pembayaran bil, sewa beli, cukai, pembaharuan lesen memandu, saman dan pelbagai lagi boleh dilakukan melalui talian seperti CIMB cliks. Tak perlu beratur panjang dan bersesak-sesak di kaunter setiap bulan seperti dulu. Bagaimanapun, pastikan rekod disimpan dan mudah dicapai sebagai rujukan dan bukti transaksi.

Wednesday, February 1

Tidak !


Katakan 'tidak'... apabila 'tidak' adalah jawapan yang terbaik.


Thursday, November 24

Berdoalah...





Berdoalah... Doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman. Doa itu sumber inspirasi dan kekuatan. Doa itu penawar segala kesakitan. Doa itu petanda bahawa kita ini hamba-Nya yang serba kekurangan, sedang Allah itu Maha Agung lagi Maha Berkuasa.

Berdoalah... Dalam doa ada ketulusan dan pengharapan. Dalam doa ada kecintaan dan keindahan.

Berdoalah... Berdoalah untuk diri sendiri. Berdoalah jua untuk kebaikan orang lain meski tanpa dipinta, malah tanpa pengetahuannya. Insha-Allah, kebaikan itu akan kembali berlimpah kepada diri kita jua... meski tanpa dipinta.

Berdoalah... dan terus berdoa... dalam susah mahupun senang.. diwaktu sempit mahupun lapang... sehingga diri berangkat pulang.. kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Wednesday, April 20

Teh Pudina








Kata pensyarah saya, sesekali cuba menu yang berbeza supaya nantinya kita tahu mana yang teristimewa. Jika singgah di Nile Cafe, UIAM Gombak.. saya suka menikmati lazagnia, barbusa atau nasi bukhari kambing bersama teh pudina (teh O panas yang ditambahkan dengan daun pudina segar). Jemput minum ya... :)







Friday, March 25

Mati Hidup Semula





Saat kematian pasti terjadi meski tidak diingini. Namun, terkadang, ada jiwa yang telah mati sebelum ajal mendatangi. Pemikiran, sikap dan tingkah-laku yang buruk adalah petandanya. Dan, jiwa itu akan hidup kembali dengan:



1. mengingati Allah (zikrullah)

2. membaca dan menghayati al-Quran

3. menghadiri majlis ilmu

4. bergaul dengan orang yang soleh

5. mengingati mati

6. menjaga pemakanan (halal dan baik)

7. memelihara 7 panca-indera dari segala anasir negatif.





** (+/-), Diskusi al-Kuliyah, Mati sebelum Ajal, TV3.

Friday, February 18

Merawat Hati yang Sakit





Orang yang berpenyakit hati, pemikirannya sentiasa negatif. Apa saja dilakukan oleh orang lain semuanya dipandang pelik, salah dan meragukan. Akhirnya, orang lain bahagia dengan hidupnya, dia pula menderita tiada sudahnya. Alam yang terbentang luas serasa begitu sempit menyesakkan. Itu baru hukum dunia. Hukuman psikologi. Jika dalam psikologi, istilah yang munkin sesuai adalah personaliti 'narcissistic'.


Sesekali kita memang perlu berfikiran secara negatif tetapi dalam kerangka pemikiran yang luas dan terbuka. Justeru, andai suatu masa tiba-tiba pemikiran sentiasa negatif sepanjang masa, maka berhati-hatilah. Itu petanda jiwa sedang bermasalah dan perlu diubati segera.


Kesimpulannya, selalulah berbaik sangka atau berfikiran secara positif, terbuka, matang lagi bijaksana. Buat keputusan berdasarkan ilmu dan fakta yang ada, dan bukan hanya pada sangkaan semata-mata. Orang yang selalu berbaik sangka lazimnya terdiri dari manusia yang beriman, ikhlas lagi lurus jiwanya. Namun, usah menyangka bahawa mereka ini lurus bendul serta mudah diperkotak-katikkan. Berhati-hatilah dengan firasat mereka yang tajam.. kerana mereka ini melihat bukan hanya dengan dua mata... dan mendengar.. bukan hanya dengan dua telinga.


Wednesday, January 26

Berbicara Dengan Monyet


Monyet haiwan yang nakal dan manja. Singgah di Bandar Muar, kami meluangkan masa 'berbicara dengan monyet' di sekitar Sungai Muar yang terletak berhampiran dengan Masjid Muar, dataran kedai makan (food court) dan jeti sebagai sebahagian daripada terapi haiwan. Monyet di sini tidak seganas monyet di Tanjung Piai, Pontian (yang diwartakan sebagai penghujung benua Asia). Mungkin hati monyet-monyet di sini sedikit lembut kerana selalu mendengar azan dan kuliah dari masjid (sekadar hipotesis). Namun awas ya... meski tampak jinak, ia mungkin bertindak di luar dugaan apabila anda cuba menyentuhnya. Sesekali cubalah berbicara dengan monyet, mana tahu anda akan mendapat 'sesuatu'... kerana meski nakal, bicara monyet selalunya lurus. Selurus pembaris!

Thursday, March 4

Salju



Stress??

Apakata tarik nafas, bersihkan diri, berwuduk dengan tenang dan penuh tertib. Usai wuduk, duduk di tempat yang bersih, nyaman, hijau.. atau membiru. Letakkan telapak kanan di atas pergelangan tangan kiri seperti kedudukan semasa qiam.. pejamkan mata.. tarik dan hembuskan nafas perlahan-lahan. Lebih baik lagi, solat sunat dua rakaat.. juga dengan pergerakan dan bacaan yang sangat tenang dan tertib.. penuh penyerahan.. khusyuk lagi tawaduk.

Saturday, February 20

Main Masak-Masak


Memasak antara aktiviti yang boleh menjana kreativiti, meredakan stress dan membina tabiat pemakanan yang sihat. Selain dari masakan rutin yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, terdapat aneka jenis resepi yang boleh dicuba apabila berkelapangan. Setelah mahir, mencipta resepi sendiri adalah antara perkara yang sangat mengujakan.



Berikut antara laman sesawang yang boleh dirujuk sebagai panduan asas (kecuali bahan masakan yang tidak halal). Selamat mencuba ! :)



1. Mesra. Net Recipes (Himpunan resepi masakan Malaysia dan antarabangsa) dan Selera Malaysia (Hidangan ringkas masakan Malaysia)



2. My Resipi (Tempat untuk berkongsi resepi)



3. My Recipes (Koleksi resepi untuk jantung sihat)



4. Healthy Cooking Recipee (Koleksi resepi pemakanan sihat)



5. Chinese Food Recipees (Himpunan resepi masakan China)



6. Middle Eastern Recipees (Himpunan resepi masakan Timur-Tengah)



7. Just Fruit Recipes (766 resepi berasaskan buah-buahan)



Wednesday, February 10

Hijaukan Bumi: Kaktus


Maafkan saya, mutakhir ini saya jarang mengemaskini blog. Bukan saja jarang, malah kata seorang teman... 'pendek-pendek saja'. Insya-Allah, tulisan yang panjang-panjang dan menjentik minda saudara bakal muncul satu-persatu nanti. Buat masa ini biarlah yang pendek saja.. asal ada manfaatnya :).
3
2
Hijaukan Bumi
j
Saudara sukakan pokok tetapi bimbang tidak berkesempatan untuk menjaganya? Kaktus antara pilihan yang sesuai. Ia cuma perlu disiram seminggu sekali dengan air atau baja cecair (antaranya Easy Spray N21% P21% K21% + TE)




Pulang dari misi di Selatan tanahair, kaktus yang baru seminggu ditanam mulai berbunga. Meski sekejap, ia cukup bermakna :)



1
Terdapat pelbagai jenis kaktus. keistimewaan kaktus ini terletak pada ketinggiannya. Bak kata anak saudara saya: "macam pokok kelapa".
j




Kaktus-kaktus ini saya tanam dalam tiga balang kaca sederhana besar. Bahagian dasarnya (1/3 balang) diisi dengan batu putih. Sehelai kain dari fabrik yang mudah menyerap air seperti fabrik kapas dipotong mengikut ukur lilit balang, dibasahkan dan diletakkan di atas batu. Kain itu kemudiannya ditindihkan dengan tanah campuran (1/3). Kaktus kemudiannya ditanam dalam balang. Akhir sekali, batu putih ditaburkan disekeliling pokok supaya tanah campuran tidak terkeluar dari balang.
l
Selamat bercucuk-tanam! Semoga segala misi dan visi dapat disempurnakan dengan jayanya dalam jangka-masa yang telah ditetapkan :).



Monday, December 14

Hasad




Nota: Mewahkan jiwa dengan bersyukur.




Monday, November 16

Berfikir di Luar Kotak




Sedih, sakit hati, cemburu, geram dan kecewa?

Apakata atasinya dengan memikirkan perkara yang lebih besar. Terkadang kita terperangkap dalam diri sendiri. Untuk itu, jangan takut untuk meluaskan sempadan pemikiran. Fikirkan perkara lebih besar dan terkehadapan.


Fikirkan senario yang berlaku di seluruh dunia... bencana alam, peperangan, kebuluran, penindasan dan pelbagai lagi. Dengarkan rintihan mereka... kesedihan..ketakutan... dan kesengsaraan yang tiada putusnya. Letakkan diri dalam situasi mereka dan fikirkan apa yang mampu dilakukan untuk melepaskan mereka dari kitaran sengsara.


Sesekali, cuba bayangkan diri saudara seorang Perdana Menteri yang baru dilantik selepas perang meletus, apa perancangan saudara untuk menangani konflik dalaman dan luaran yang berlaku?


Bayangkan diri saudara di tempat Presiden Barack Obama, Presiden Ahmadinejad, Napolean Bonaparte, Hitler, Malcom-X, Ghandi atau mana-mana pemimpin dunia yang saudara kagumi.


Percayalah... jika mereka terlalu memikirkan tentang diri mereka sendiri, disinggung sepatah merajuknya bertahun, ditegur sedikit sudah melenting berbatu-batu, di'provok' secuit sudah melatah tiada henti, dimaki hamun sekati sudah nekad membunuh diri... saya percaya... mereka tidak akan ke mana-mana.


Apapun, tiada salahnya saudara bersedih dan bermuram durja barang seketika. Kesedihan dalam sela waktu tertentu berupaya untuk menjadikan minda lebih fokus. Fungsinya ibarat makanan pahit yang mengimbangi rasa manis, tawar dan masin dalam gizi pemakanan. Manusia yang sejahtera bukanlah manusia yang tidak pernah berasa sedih dan tertekan. Sebaliknya, mereka merasai semua itu tetapi cepat sembuh kerana mampu mengendalikannya dengan baik.


Fikirkan perkara lebih besar.... dan akhirnya, barangkali nanti saudara akan mendapati... permasalahan yang saudara alami itu ibarat seekor kelkatu di tengah-tengah rimba belantara yang luas terbentang. Dan... dengan itu, sauadara lebih mudah berlapang dada dan merasakan permasalahan saudara itu lebih mudah untuk diselesaikan... kerana minda saudara telah diasuh untuk fokus kehadapan dan menyelesaikan permaslahan yang jauh lebih besar.



Monday, November 9

Makan untuk Tenang





Stres?


Makanlah buah-buahan citrus, ceri, ikan tuna, sardin, mackerel, leefy greens atau kekacang.


Kenapa?


Makanan yang mengandungi vitamin E, vitamin C, magnesium, arginine (sejenis asid amino), asid folik, DHA dan potassium dikatakan boleh membantu memperbaiki mood.


Buah-buahan citrus seperti limau dan lemon didakwa dapat mengurangkan hormon stres dan membolehkan individu menghadapi situasi sukar dengan lebih tenang.



Nota:


2. Pastikan penonton bola sepak membawa limau, kekacang atau ceri ke stadium.