Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Showing posts with label ICT. Show all posts
Showing posts with label ICT. Show all posts

Saturday, March 15

Tips Membentuk Medan Wi-Fi dari Telefon Pintar Anda

Talian internet merupakan keperluan kerjaya dan komunikasi masakini. Namun, bagi yang selalu mobile, pilihan yang ada adalah telefon pintar yang dilengkapi dengan kemudahan broad-band. Bagaimanapun, masalah timbul apabila terdapat lebih daripada satu gajet yang memerlukan internet dalam satu masa sedangkan tiada kemudahan Wi-Fi di lokasi tersebut. Penyelesaiannya, pengguna boleh mewujudkan hot-spot sendiri di lokasi tersebut menggunakan broad-band sedia ada.

Bagaimana caranya?

Bagi pengguna Samsung Note 2, ikuti kaedah mudah- langkah demi langkah:

1. Klik 'setting'
2. Klik 'More Setting'
3. Klik 1 pada 'Portable Wi-Fi hotspot'

Kini, medan hot-spot telah dibuka. 

Bagi membolehkan gajet anda berhubung dengan hotspot tersebut, klik pada 'Portable Wi-Fi hotspot' dan semak pada ruangan 'How to connect from other devices' dan dapatkan kata laluan (password) pada arahan nombor 3.

Langkah selanjutnya:

1. Aktifkan carian wi-fi pada gajet anda.
2. Cari 'username' 'broad-band' anda 
3. Klik pada 'usernam'e tersebut
4. Klik connect
5. Masukkan 'password' tadi
6. Klik 'OK'
7. Tunggu sehingga sambungan internet berjaya dan mulakan tugas anda.

Ulang langkah 1-7  untuk gajet-gajet yang lain.  Ianya sangat membantu sekiranya anda perlu bekerja secara berkumpulan dan rakan-rakan anda tidak mempunyai kemudahan broad-band. Jadi anda hanya perlu berkongsi password anda kepada mereka supaya 4-5 komputer riba mendapat akses kepada kemudahan internet dan tugasan dapat disempurnakan bersama dengan lebih cepat.

Selamat berwi-fi.