Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Showing posts with label Main Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Main Masak-masak. Show all posts

Wednesday, July 17

Dua Versi Lempeng

Suka makan lempeng? Ada pelbagai versi lempeng. Foto di atas saya namakan versi dorayaki. Apapun, penyediaannya sangat mudah. Sesuai untuk anda yang kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan berbuka/ bersahur. Kredit untuk kakak dan suami saya untuk kedua-dua versi lempeng ini. Selamat 'berlempeng' di bulan Ramadan yang indah lagi membahagiakan ini... :).

Versi kampung

1. Campurkan secawan air dan secawan tepung gandum
2. Tambah sedikit garam dan gaul hingga sebati
3. Letakkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak dalam kuali dan goreng hingga garing.
4. Sesuai dimakan bersama kuah sardin atau kari.

Versi Dorayaki

1. Pukul sebiji telur hingga kembang
2. Masukkan secawan tepung naik sendiri, secawan susu segar dan sesudu gula
3. Gaul hingga sebati sekitar 10 minit
4. Goreng tanpa minyak dalam kuali yang tidak melekat.
5. Sesuai dimakan bersama madu, jem buah-buahan, coklat cair atau ais krim.

Sunday, June 9

Roti Bawang Putih

Kisar mentega/keju bersama bawang putih. Sapukan pada belahan roti. Panggang dalam api sederhana sehingga perang keemasan atau berbau harum. Hidangkan bersama sup cendawan atau makan begitu saja.

Saturday, May 14

Kari Tanpa Santan




Kelmarin, buat pertama kalinya saya memasak kari daging tanpa santan. Ternyata, rasanya tetap enak dan menyelerakan. Yang penting, ia lebih baik untuk kesihatan terutamanya jika bekerja dalam sektor yang tidak memerlukan banyak aktiviti fizikal.



Seperti juga santan, dalam kehidupan adakalanya terdapat perkara yang dianggap penting tetapi sebenarnya tidak perlu, bahkan adakalanya berbahaya dalam mencapai sesuatu matlamat. Justeru, adalah penting untuk memahami antara perkara yang paling penting dengan perkara yang sederhana penting, kurang penting dan perkara yang langsung tidak penting. Dengan itu, barulah proses pembuatan keputusan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan matlamat dapat dicapai dengan efektif (berkesan) dan efisyen (cekap).


Wednesday, January 19

Pisang Goreng.. Panas! Panas!



Stres? Memakan pisang dikatakan boleh membangkitkan mood ceria. Selain dimakan begitu sahaja, pisang juga boleh dinikmati dengan aneka cara.

Berikut antara resepi mudah untuk mendapatkan pisang goreng yang rangup. Resepi ringkas ini 'talian hayat' daripada kekanda di Tanjung Malim.


Bahan:

1. Sebiji pisang tanduk yang sudah masak.

2. Satu setengah cawan tepung gandum.

3. Setengah cawan tepung beras.

4. Air

5. Sedikit garam

6. Minyak masak



Cara:



1. Buat bancuhan tepung menggunakan bahan 2-5.


2. Kupas pisang dan potong sederhana tebal.


3. Panaskan minyak untuk menggoreng. Curahkan dua sudu minyak yang telah panas ke dalam bancuhan tepung dan sebatikan.


3. Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.






Berikut pula resepi sambal kicap yang juga ringkas daripada suami sebagai bahan pencicah:


1. 5 biji cili api (bergantung kepada tahap kepedasan yang dimahukan)

2. 1 biji bawang putih
3. kicap manis

4. gula secukup rasa

5. limau nipis



Cara:


Tumbuk cili api dan bawang putih (samada mentah atau digoreng). Masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan kicap manis dan tambahkan gula jika perlu. Akhir sekali, perahkan sedikit air limau nipis.


Mudah bukan... selamat menjamu selera.. :).


Saturday, February 20

Main Masak-Masak


Memasak antara aktiviti yang boleh menjana kreativiti, meredakan stress dan membina tabiat pemakanan yang sihat. Selain dari masakan rutin yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, terdapat aneka jenis resepi yang boleh dicuba apabila berkelapangan. Setelah mahir, mencipta resepi sendiri adalah antara perkara yang sangat mengujakan.



Berikut antara laman sesawang yang boleh dirujuk sebagai panduan asas (kecuali bahan masakan yang tidak halal). Selamat mencuba ! :)



1. Mesra. Net Recipes (Himpunan resepi masakan Malaysia dan antarabangsa) dan Selera Malaysia (Hidangan ringkas masakan Malaysia)



2. My Resipi (Tempat untuk berkongsi resepi)



3. My Recipes (Koleksi resepi untuk jantung sihat)



4. Healthy Cooking Recipee (Koleksi resepi pemakanan sihat)



5. Chinese Food Recipees (Himpunan resepi masakan China)



6. Middle Eastern Recipees (Himpunan resepi masakan Timur-Tengah)



7. Just Fruit Recipes (766 resepi berasaskan buah-buahan)



Tuesday, October 27

Cincau Jagung


Bahan-bahan:


1. secawan susu segar (atau susu pekat manis dicampur segelas air)

2. dua sudu cincau (dipotong halus)

3. dua sudu jagung (dalam tin atau telah direbus)


Cara:


Campurkan kesemuanya dan hidangkan (boleh ditambah sedikit ais)



Nota: Menu ini diubahsuai dari sebuah restoran di UIAM.