Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Showing posts with label Sketsa Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Sketsa Pilihanraya. Show all posts

Saturday, March 22

Rumah Banglo Saya




Labu Air: Rumah bunglo ni membazir. Semua ni kroni, kita mesti jual ! Baru orang lain nampak, kita ni bagus. Tak suka bermewah-mewah.



Labu Sayung: Yala Labu, tapi siapa nak beli... mahal ni! Lepas tu... bila dah jual, kita tinggal di mana pula?



Labu Air: Apa susah... kita jual murah-murah. Abang saya, pakcik saya, atuk saya, sepupu saya dan anak saudara saya mahu beli... sudah dua minggu mereka tempah. Lagi satu... jangan risau. Saya pun ada banyak rumah. Nanti Yung boleh sewa dengan saya. Bila-bila saja!

UUU



* Makluman - tiada kaitan mereka yang sudah mati.









Monday, March 17

Putih




Mereka bertanya

apa warnaku

hijau atau biru?



Bagiku

warna apupun, cantik belaka

andai bijak mencoraknya



Namun dalam aneka warna

cuma satu yang kupilih - Putih!





Monday, March 10

Apa nak buat dengan poster pilihanraya?



1. Serahkan kepada calon yang bertanding sebagai kenangan-kenangan dan arkib.


2. Disimpan dengan baik untuk digantung semula empat/lima tahun lagi.



3. Difailkan sebagai dokumen asas untuk menuntut janji manifesto.



4. Dijadikan kertas dinding sebagai sebahagian daripada dekorasi kediaman.



5. Dijadikan latar belakang hiasan bunga kering, dibingkaikan dan digantung di dinding rumah atau dilipat-lipat untuk dijadikan jambangan bunga hiasan



6. Dijadikan pembalut buku edisi terhad



7. Dijahit dan dijadikan langsir pintu dan tingkap






Friday, March 7

Teka Dialog

Berikut merupakan antara dialog popular menjelang pilihanraya umum ke-12:

A: Tolong... baiki tak apa, jangan tukar...


B: Rakyatkan pilihanraya umum ke-12

C: Masa untuk berubah...


D: Selamat.. Aman.. Makmur...

E: Ke arah negara berkebajikan

F: Jika ... menang, akan wujud universiti pondok dan Taliban


G: Saya tak mahu bertanding tapi sokongan mereka mengharukan saya

H: Tak ada salah apa pun. Tetapi, yalah pada ketika itu sukar untuk kawal keadaan...

I: Correct... correct ...correct...!




Monday, March 3

Calon Pilihan






Amirul calon favourite saya. Sebabnya:



1. Dia tidak 'gila kuasa'. Dia cuma akan memimpin jika diperlukan. Kuasa bukan tujuan, tapi alat untuk membangunkan umat.

2. Dia juga sederhana tapi penuh karisma.

2. Pandangan dan hujahnya sentiasa bernas (kami tak perlu rasa malu bila melihat Amirul bersidang di Parleman nanti)

3. Senyuman dan keramahannya bukan plastik dan bukan juga bermusim.

4. Manifestonya realistik tapi mengujakan. Jauh sekali bombastik atau sekadar retorik.

5. Dia tak pernah pun menyebut-nyebut kebaikan yang telah dilakukannya. Mungkin dia takut pahalanya menyusut secara drastik. Dia juga tak pernah berlagak dengan ijazah dan kepakarannya yang ulung itu. Tapi kami tahu!

6. Dia memang bersih. Saya sudah menyemak rekodnya di BPR, JPJ, PDRM, MARA dan PTPTN. Saya juga sudah menyemak rekod pribadinya di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti tempat dia belajar. Tidak ketinggalan juga rapport dari jiran-jiran sebelah rumah, ketua kampung, imam masjid, rakan sekerja, kawan-kawan dan cikgu-cikgunya. Saya juga sudah 'scan' hati dan organ-organ dalamannya seperti limpa, jantung, paru-paru, abdomen, usus besar dan saluran esofagusnya. Sah! Dia memang bersih!

5. Dia tak berkempen pun. Orang lain sibuk berkempen, dia tenang meneruskan rutin biasa hidupnya. Dia lebih suka kalau tak menang. Jenuh kami memujuk untuk memasang poster wajahnya yang sejuk mata memandang itu tapi tidak dibenarkannya. Sambil tersenyum manis dia berkata: " tak maulah... nanti sel-sel kulit saya mati terkena flash kamera". Sesekali dia ulang ayat klise ini : "barang yang baik tak perlukan promosi berlebihan".

6. Dia tidak pernah memburukkan lawannya. Dia malah selalu menyebarkan kebaikan dan kekuatan lawannya kepada kami. Bila kami tegah dia cuma berkata: "Yang buruk-buruk orang dah tahu sendiri, tak payah sebut lagi... tak seronok ulang perkara yang sama". Yang kami tahu, dia memang sayangkan lidahnya yang bersih itu. Kami juga dapat tahu, dia dan lawannya itu saling tegur-menegur bila masing-masing membuat kesilapan.

7. Dia profesional dan matang. Tidak bias dan bijaksana. Tak cepat melatah dan membuat kenyataan yang bukan-bukan untuk menarik perhatian. Dia menggalakkan kami membuat keputusan yang tepat berdasarkan alternatif-alternatif yang ada. Dia yakin diri.



*Sebenarnya banyak sebab kami bersepakat untuk mengundinya, tapi cukuplah dengan fakta-fakta ini. Bak kata Amirul - "barang yang baik tak perlu promosi yang lebih'. Tolong jangan beritahu dia ya, sebenarnya Amirul tak suka kami berkempen untuknya.





Tuesday, February 26

Tanya Pada Bulan

Oh Bulan!
apa mungkin ku di planet lain
bulan-bulan mengambang, 24 jam...

Oh Bulan!
mana bintang?
tanpa bintang... serimu nanti hilang...

Tanya Pada Mata

Tanya pada mata
apa sebab lebam?
nanti jawab mata, kena tumbuk orang

Tanya pada mata
pandang pada siapa?
nanti jawab mata, cuma jeling manja... dacing, roket... bulan.

Tanya Pada Roket

Tanya pada roket
bila sayapmu mencecah Pluto
apa mungkin nanti... bumi dilupai?