Semalam, 16 September adalah Hari Malaysia. Hari penyatuan 'The Golden Chersonese' atau Semenanjung Emas dengan Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu di bawah satu jenama - MALAYSIA.
Kelmarin, saya terima email dari seorang teman. Katanya, mudah sekali untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan. Hanya perlu istiqamah membaca 4.5 helai sahaja setiap kali selepas menunaikan solat lima waktu. Jika ingin khatam dalam masa dua bulan, 2.25 helai. Sehelai untuk 4 bulan atau 1/2 helai untuk 8 bulan dan seterusnya. Nampak mudah bukan? Dan, alang-alang membaca, biarlah kita turut memahami setiap ayat yang dibaca dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.
Eh! Apa kaitan Hari Malaysia dengan al-Quran?
Jawabnya, kerana penghayatan sebenar terhadap isi kandungan al-Quran akan meneguhkan jati diri dan akal budi bangsa Malaysia yang berhemah tinggi.
Selamat membaca.. :)
No comments:
Post a Comment