BEIJING 21 April - Bunyi hon kenderaan dan siren kedengaran ketika orang ramai menundukkan kepala sempena hari berkabung hari ini di daerah Yushu, Tibet, wilayah barat China, kawasan yang musnah akibat gempa bumi minggu lalu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, angka korban rasmi akibat gempa yang menggegarkan kawasan pergunungan dan pedalaman wilayah Qinghai itu pada Rabu lalu kini mencecah 2,064 orang, sementara 175 lagi masih hilang.
Kebanyakan mangsa yang terbunuh penduduk etnik Tibet di pekan utama Jiegu, Yushu, kawasan tanah tinggi Tibet dengan ketinggian kira-kira 4,000 meter dari paras laut.
Tepat pukul 10 pagi (9 pagi waktu Malaysia) orang ramai, tentera dan kakitangan kerajaan di ibu kota Xining, wilayah Qinghai yang berhimpun menundukkan kepala mereka selama tiga minit ketika siren dan hon dibunyikan sebagai tanda berkabung, menurut rakaman televisyen milik negara.
Siaran itu turut menunjukkan sembilan anggota Jawatankuasa Tetap Politburo, Parti Komunis yang diketuai Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao menundukkan kepala.
Di Jiegu, penduduk dan sami Buddha berhimpun di atas bukit di mana beratus-ratus mayat mangsa dibakar pada minggu lalu, menurut Nami, seorang sami yang menyertai kerja-kerja menyelamat.
"Kami mahu mengingati mereka, namun kini kami perlu menumpukan kepada usaha membantu mangsa yang terselamat dan pembinaan semula Jiegu.
"Orang ramai amat sedih. Ia akan mengambil masa yang lama untuk melupakan mala petaka ini," kata Nami melalui panggilan telefon.
Bendera kebangsaan China di seluruh negara dikibarkan separuh tiang dan aktiviti serta program hiburan dihentikan selama sehari.
Di tengah dataran Tiananmen di Beijing, beratus-ratus penduduk turut berdiri sambil menundukkan kepala. Bagaimanapun aktiviti pelancongan berjalan seperti biasa.
Kejadian ini merupakan bencana terbaru yang melanda negara yang sering dilanda gempa, banjir dan kemarau ini.
Pada Mei 2008, wilayah barat daya Sichuan dilanda gempa bumi kuat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 80,000 orang. - Reuters

Sumber: Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment