Kata seorang teman, 7 kilas kian serius dan terlalu akademik. Pastinya banyak perbendaharaan kata yang sukar difahami tetapi tidak disertakan makna yang mudah di situ. Maafkan saya, musim persekolahan yang bermula sejak 30 Jun lepas membuatkan minda saya jadi begitu. Kebanyakan artikel berbentuk ilmiah digarap berasaskan permainan idea yang tercetus dari perbincangan, dapatan kuliah, pemerhatian dan pembacaan.
Baiklah... hari ini saya ingin mengimbau zaman 'kecil' yang indah. Saya bertuah kerana mempunyai guru-guru yang baik, penyayang dan berdedikasi. Salah seorangnya adalah Ustaz Misnon. Ada banyak kenangan manis sepanjang belajar dengan beliau.
Saat pertama menjadi imam...
Salah satu daripada kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah ketika Ustaz Misnon meminta saya mengimamkan solat berjemaah. Ketika itu saya dalam darjah tiga, masih memakai gaun pendek biru tua ke sekolah kebangsaan dan pastinya tidak bertudung. Rakan sekelas saya pada waktu itu cuma sekitar 30 orang dan separuh daripadanya lelaki. Mungkin kerana itu saya hanya tertawa kecil apabila mengetahui berita kontroversi Aminah Wadud mengimamkan Solat Jumaat di Amerika Syarikat . Yang pasti, solat kami nyata tidak sah dan hanya sesuai bagi tujuan pembelajaran. :)
No comments:
Post a Comment