Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Tuesday, May 24

Masjid Selat Melaka


Tragedi 1511 sudah berlalu. Kini Melaka, Bandaraya Bersejarah ini telah jauh berubah. Lupakan luka semalam di tugu A Famosa atau mana-mana bangunan tinggalan penjajah. Mari menyusur Sungai Melaka, mendaki puncak Taming Sari atau bersantai seketika di Masjid Selat Melaka.



Barangkali sudah menjadi trend semasa untuk membina masjid di tepi laut. Landskap yang menarik dan menara masjid yang tersergam seakan bercerita tentang zaman permulaan Islam bertapak ke Tanah Melayu di tanah berdaulat ini.






Terdapat kawasan wakaf mengadap ke arah laut. Sesuai untuk berehat sebentar sambil membaca atau memikirkan sejenak tentang kejadian langit dan bumi. Cuaca agak panas dan terik. Barangkali kerana itu terdapat orang menjaja buah-buahan yang siap dipotong, jeli kelapa, kerepek dan air di bahagian kanan masjid. Namun, pastinya yang lebih penting adalah bahagian dalam masjid yang bersih dan selesa untuk kegunaan jemaah lelaki dan wanita... bersesuaian dengan syiar Islam yang indah lagi mementingkan kebersihan dan kesucian jiwa manusia jua persekitarannya.. zahir dan batin.







No comments: