Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Tuesday, December 28

Saya Tak Tahu




Tiada salahnya mengatakan 'saya tidak tahu' atau 'saya tidak pasti' atau sekadar berdiam diri jika benar-benar tidak mempunyai pengetahuan atau tidak jelas tentang sesuatu perkara (walaupun oleh seorang yang dianggap 'alim' dan pakar). Ianya jauh lebih baik dari berbohong dan mengatakan sesuatu yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Ini kerana kesannya amat besar dan lama terutamanya jika diucapkan oleh seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat. Bahkan, jika terbukti tidak benar, ia bakal menjejaskan kredibiliti seseorang dengan teruk. Jawapan alternatif yang lebih sesuai, 'biar saya semak dan kaji terlebih dahulu'. Ilmu dan maklumat bukan untuk dibanggakan, tetapi dimanfaatkan untuk kesejahteraan bersama.

No comments: