Seorang teman meminta saya menulis tentang pengurusan stress dan mengawal kemarahan. Insya-Allah, saya akan tulis secara berdikit-dikit dalam ruangan ini.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri. Teknik yang sama mungkin berkesan/ sesuai untuk orang lain dan sebaliknya.
Jenaka adalah salah satu kaedah pengurusan stress yang mudah. Minggu lepas, untuk meredakan ketegangan, beberapa orang teman yang komited dengan kerja menjadi mangsa usikan saya menerusi sms:
Itik bergaya kasut Bonia,
jalan 'catwalk' atas meja;
buat kerja tak ingat dunia,
ooo... rupanya ingat akhirat saja.
Terdapat pelbagai cara untuk berjenaka. Apapun, pastikan jenaka tersebut tidak menyinggung perasaan orang lain atau berbaur fitnah. Lebih indah lagi jenaka yang sifatnya benar lagi membina seperti jenaka Rasululullah. Tentunya anda masih ingat kisah seorang perempuan tua yang menangis kerana Rasulullah menyatakan orang tua tidak boleh masuk syurga kerana syurga hanya dikhususkan untuk golongan muda belia. Dengan berhikmah baginda kemudiannya menerangkan, manusia akan kembali muda apabila dimasukkan ke dalam syurga.
No comments:
Post a Comment