Selamat berlepas ke Jeddah kepada Saudari Sathzura Saidin dan semua ahli delegasi rombongannya. Semoga beroleh rahmat, maghfirah dan keberkatan yang melimpah ruah. Bagi yang pertama kali ingin menunaikan umrah, pastinya ada sedikit debaran dan kebimbangan. Khususnya yang berkait dengan persediaan fizikal, mental dan juga penguasaan ilmu berkenaan ibadah umrah dan ziarah. Apapun, kesederhanaan dan keseimbangan menjadikan manusia sentiasa tenang dan dalam masa yang sama sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Usah terlalu gusar dan bimbang namun usah juga terlalu mengambil mudah.
Ibadah umrah tidaklah sesukar mengerjakan ibadah haji (Argh... cemburunya kami kepada insan-insan yang telah mendapat haji mabrur). Lazimnya, ianya dapat disempurnakan dalam masa sehari sahaja. Alhamdulillah, sebagai contohnya, tanpa dirancang... pada hari-hari terakhir di Makkah, kami berkesempatan menyempurnakan dua umrah sekaligus.
k
Insya-Allah, dengan niat yang suci, hati yang tulus, ilmu yang benar dan tingkah laku yang terpuji, segala urusan dipermudahkan dan keindahan ibadah umrah dan ziarah dapat dinikmati dan dihayati sehingga ke akhir hayat. Semoga ianya juga menjadi 'batu loncatan' untuk menyempurnakan haji mabrur suatu masa nanti. Aaamin :)
No comments:
Post a Comment