Minuman berais memang menyegarkan namun kurang baik untuk sistem dalaman tubuh bagi jangka masa panjang. Ianya juga boleh menjejaskan kualiti suara. Lazimnya, kesan yang ketara daripada gaya hidup yang kurang sihat hanya akan dirasai setelah usia kronologi mencapai 40 tahun ke atas. Menghentikan tabiat yang kurang sihat secara drastik sememangnya sukar. Alternatif yang ada adalah dengan mengurangkan pengambilannya secara berdikit-dikit.
k
Berikut disertakan emel kiriman Pn Suzana Hoesni yang membincangkan hal ini secara ringkas:
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan serta memperlahankan sistem penghadaman. Lemak-lemak yang terbentuk di dalam usus ini akan menyempitkan saluran usus. Lama-kelamaan lemak akan berkumpul dan tubuh menjadi bertambah gemuk dan berpenyakit. Jalan terbaik...adalah dengan bertukar kepada sup panas (amalan ini sudah lama dipraktikkan oleh masyarakat Cina dan Jepun) atau air PANAS/suam selepas makan.
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup dengan sihat.....
No comments:
Post a Comment