Aduhai anakanda...
zaman ini fitnahnya melata
benar dan salah hampir tiada bezanya
bersedialah dirimu jiwa dan raga
lantaran kehidupan dunia ini terlalu singkat
untuk kau bazirkan sesuka rasa
Aduhai anakanda..
nama.. usah kau kejari
meski nanti harumanmu kan bertebaran
mewarnai jagat raya
tanpa siapapun menyedari
akan wujudmu
kerna yang lebih utama
baktimu tulus melata
dan jiwamu bahagia
penuh cinta
kepada-Nya dan kerana-Nya
No comments:
Post a Comment