Antara simptom stress dan juga pemangkin stress adalah ruang yang bersepah. Perhatikan meja kerja, bilik (segala jenis bilik), rumah, kereta dan 'wilayah jajahan' anda. Kertas, buku, kain baju, barang permainan, bantal, pinggan-mangkuk, periuk belanga dan sampah-sarap adalah antara pakej 'sepah' yang lazim.
Secara logik, jawapannya mudah - kemas... kemas dan kemas ! :)
Justeru, jika ruang telah bersepah, apakata tarik nafas... senyum dan peruntukkan masa antara 5-10 minit untuk mengemas dengan secepat kilat. Bezakan situasi sebelum dan selepas. Lega bukan?
Atau, jika terlalu sibuk atau tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, segera dapatkan pembantu atau hantarkan saja barangan ke kedai dobi dan pusat mencuci kereta berhampiran.
No comments:
Post a Comment