Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Monday, March 10

Pasca PRU-12


Seperti dijangka, keputusan PRU -12 memberikan kejutan dan debaran tersendiri. Media dan pemerhati politik seakan tergamam seketika. Pertaruhan barisan muka baru dan lama mengundang spekulasi, risiko dan reaksi yang berbeza dari khalayak pengundi. Ternyata ada 'sesuatu' yang tersurat dan 'tersirat' dari suara-suara kecil yang bersatu menjadi gelombang baru yang turut mencetuskan 'fenomena baru' yang 'mendebarkan'.


Berbeza dari empat tahun lalu, ramai yang sudah terlelap di depan kaca tivi semasa kesemua pengumuman kiraan undi disempurnakan. Bahang PRU-12 terlalu panas sehinggakan media cetak perlu 'menyejukkan' terlebih dahulu senarai barisan Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negeri terbaru negara sebelum diedarkan di seluruh negara esok.


Suara hati rakyat sudah berkumandang. Kekalahan bukan bermakna dunia sudah kiamat. Kemenangan bukan bermakna masa untuk berpesta dan alpa. Tidak mustahil, ada yang bakal dihadiahkan 'sebatang penyapu' atau berbatang-batang penyapu sebagai simbolik nakal yang 'menggetarkan perasaan'. Apapun, ini bukan masa untuk membalas dendam, apatahlagi menunjukkan keangkuhan. Setiap undi adalah amanat dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan.


No comments: