Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Monday, November 19

Transformasi Pembantu Rumah sebagai Kerjaya Professional

Pembantu rumah merupakan antara keperluan kritikal dalam sumber tenaga kerja manusia hari ini. Bagaimanapun, kerjaya ini dipandang sebagai kerjaya kelas ketiga dalam masyarakat. Justeru, Malaysia terpaksa mengimport sejumlah besar tenaga kerja daripada kalangan warga Indonesia dan Filifina untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah setiap hari.

Kerjaya sebagai pembantu rumah merangkumi ruang lingkup yang luas khususnya dalam penyelenggaraan tugas-tugas domestik seperti penyediaan makanan berkualiti, penyelengaraan dan pembersihan ruang kediaman, penjagaan kesihatan dan kebajikan warga tua serta golongan kurang upaya dan juga hal-ehwal keselamatan keluarga. Pembantu rumah juga mendapat kepercayaan yang tinggi daripada majikan untuk memegang kunci rumah semasa ketiadaan majikan serta memasuki wilayah pribadi majikan di dalam rumah. Malahan, sebahagian besar selok belok kediaman serta rahsia rumah-tangga berada di tangan pembantu rumah.


Sebahagian besar pembantu rumah terlibat pula secara langsuang dalam pengasuhan dan penjagaan bayi dan kanak-kanak majikan. Dalam kebanyakan kes, anak-anak mempunyai ikatan yang lebih mesra dan rapat dengan pembantu rumah berbanding ibu-bapa mereka sendiri. Sehubungan itu, lenggok bahasa, tingkah laku dan keperibadian pembantu rumah memberikan impak yang kuat terhadap personaliti dan keperibadian anak-anak.

Menyedari kepentingan pembantu rumah dalam pemantapan institusi keluarga dan masyarakat, peluang yang ada perlu direbut oleh mahasiswa dan golongan yang berwawasan untuk menjadikannya sebagai kerjaya profesional seterusnya mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap kerjaya ini. Secara tidak langsung, strategi ini juga berupaya menangani kadar pergantungan terhadap tenaga kerja asing disamping menyediakan peluang kerjaya yang lumayan serta berupaya menyumbang secara langsung terhadap kesejahteraan institusi keluarga.


No comments: