Santai dalam Tesaurus Bahasa Melayu Dewan didefinisikan sebagai bebas, rehat, lapang, senggang, lega dan terluang. Keunikan setiap individu menjadikan perkara yang dianggap santai adalah berbeza di antara satu sama lain. Aktiviti merempit mungkin dianggap santai bagi seorang Mat Rempit tetapi mengerikan untuk seorang kaki bangku yang fobia dengan motorsikal. Membaca dan membahaskan buku-buku bernuansa ilmiah dan agama pula mungkin dianggap sebagai aktiviti santai bagi seorang ahli akademik dan pemikir tetapi membosankan bagi seorang yang malas membaca dan berfikir.
No comments:
Post a Comment