Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Saturday, November 24

Malaysia Boleh!

Malaysia di mercu jaya. Setiap hari, pelbagai rekod baru cuba dicipta. Individu dan organisasi berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang terbaik dan serta diiktiraf oleh dunia. Masing-masing sanggup mengorbankan bajet yang besar untuk membina infrastruktur tercanggih dan membiaya ekspedisi penjelajahan ke seluruh dunia bahkan ke angkasa lepas. Semuanya dilaksanakan dengan semangat 'Keranamu Malaysia' dan 'Malaysia Boleh'.


Sayangnya, rumah sudah lama siap namun pahat masih berbunyi. Apa saja projek mega yang dianjurkan pasti ramai yang memuji dan tak kurang juga yang mengeji. Mungkin penilaian semula akan dilaksanakan untuk menentukan fokus serta keperluan sebenar yang mesti dicapai untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar maju secara syumul dalam acuan kita sendiri.


Kini, apa yang dapat dilakukan adalah memelihara, menyelenggara dan melakukan penambahbaikan bagi setiap insfrastruktur dan sistem yang dibina agar dapat memenuhi impak yang diharapkan. Dalam pada itu, keikhlasan individu dan organisasi dalam usaha mengharumkan nama negara juga tidak kurang pentingnya. Tanpa keikhlasan, jutaan wang yang dilaburkan cuma sekadar menempa nama dan kemasyhuran untuk diri sendiri.


No comments: