Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Monday, October 29

Hati dan Lidah

Kata Lukmanul Hakim, apabila baik hati dan lidah seseorang... maka baiklah dia. Penyataan beliau menjadi indikator terhadap kewujudan empat jenis personaliti manusia iaitu:




1. IKHLAS - baik hati, baik lidah

2. LEMAH - baik hati, buruk lidah

3. HIPOKRIT - buruk hati, buruk lidah

4. JAHAT - buruk hati, buruk lidah



Daripada empat kategori tersebut, individu HIPOKRIT dan JAHAT adalah dua golongan yang berbahaya dan boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat. Individu LEMAH memiliki lokus kawalan diri yang rendah dan cenderung membahayakan dirinya dan masyarakat secara tidak senghaja. Sehubungan itu, individu LEMAH memerlukan latihan berterusan dan bimbingan daripada individu IKHLAS untuk menjadi IKHLAS. Dalam pada itu, individu IKHLAS pula perlu sentiasa memantau diri serta mengekalkan hubungan dengan individu IKHLAS yang lain untuk kekal IKHLAS atau menjadi individu yang SANGAT IKHLAS.

No comments: