1. Ketupat daun palas
2. Kuih kering
3. Lontong daun pisang @ burasak
4. Lemang
Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.
Monday, July 28
Tuesday, June 10
Saturday, May 31
Pasu Bunga Dwifungsi
Tong sampah juga boleh menjadi perhiasan yang menarik. Hanya tambahkan sedikit kreativiti. Tak mustahil, ada yang mahu bergambar bersama tong sampah ini.
@TH Hotel, Kuala Terengganu.
Wednesday, May 28
Mengenalpasti Taraf Jurnal
Mahu menghantar artikel tetapi tidak pasti jurnal apa yang berada di dalam ranking Q1, Q2, Q3, Q4 atau Scopus?
Klik pada laman web di bawah:
http://www.scimagojr.com/journalsearch.php
Pada kotak 'journal search' masukkan kata kunci tajuk jurnal yang ingin dicari.
Contoh:
Anda ingin mencari jurnal berkaitan belia.
1. masukkan kata kunci 'Youth' pada kotak 'journal search'
2. senarai jurnal yang berkaitan dengan 'Youth' akan dipaparkan - 15 jurnal kesemuanya.
3. pilih salah satu jurnal, contohnya 'Journal of Youth and Adolescent'
4. Klik pada jurnal tersebut. Maklumat berikut akan terpapar:
***
Subject Area: Psychology
Subject Category: Psychology (miscellaneous)
Publisher: Springer New York. Publication type: Journals. ISSN: 00472891, 15736601
Coverage: 1972-2013
H Index: 52
Scope:

Journal of Youth and Adolescence
Country: United StatesSubject Area: Psychology
Subject Category: Psychology (miscellaneous)
Publisher: Springer New York. Publication type: Journals. ISSN: 00472891, 15736601
Coverage: 1972-2013
H Index: 52
Scope:
Journal of Youth and Adolescence provides a
single, high-level medium of communication for psychologists,
psychiatrists, biologists, criminologists, educators, and professionals
[...]
***
5. Hirarki jurnal dapat dilihat pada maklumat 'subject category'. Maklumat bertanda hijau menunjukkan jurnal ini adalah jurnal Q1 (quartile 1).
6. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan jurnal ini, terutamnya jika anda mahu menerbitkan artikel dalam jurnal ini, klik pada 'Show full scope'.
7. Sekiranya artikel anda bersesuaian dengan skop jurnal tersebut, klik pada 'source' di baris terakhir 'scope'.
8. Klik pada 'source' akan membawa anda kepada laman web rasmi bagi jurnal tersebut. Ini mengelakkan anda daripada masuk ke dalam laman web palsu yang direka untuk mengelirukan pengguna.
9. Selamat membaca dan menulis artikel jurnal yang berkualiti.
Saturday, March 15
Tips Membentuk Medan Wi-Fi dari Telefon Pintar Anda
Talian internet merupakan keperluan kerjaya dan komunikasi masakini. Namun, bagi yang selalu mobile, pilihan yang ada adalah telefon pintar yang dilengkapi dengan kemudahan broad-band. Bagaimanapun, masalah timbul apabila terdapat lebih daripada satu gajet yang memerlukan internet dalam satu masa sedangkan tiada kemudahan Wi-Fi di lokasi tersebut. Penyelesaiannya, pengguna boleh mewujudkan hot-spot sendiri di lokasi tersebut menggunakan broad-band sedia ada.
Bagaimana caranya?
Bagi pengguna Samsung Note 2, ikuti kaedah mudah- langkah demi langkah:
1. Klik 'setting'
2. Klik 'More Setting'
3. Klik 1 pada 'Portable Wi-Fi hotspot'
Kini, medan hot-spot telah dibuka.
Bagi membolehkan gajet anda berhubung dengan hotspot tersebut, klik pada 'Portable Wi-Fi hotspot' dan semak pada ruangan 'How to connect from other devices' dan dapatkan kata laluan (password) pada arahan nombor 3.
Langkah selanjutnya:
1. Aktifkan carian wi-fi pada gajet anda.
2. Cari 'username' 'broad-band' anda
3. Klik pada 'usernam'e tersebut
4. Klik connect
5. Masukkan 'password' tadi
6. Klik 'OK'
7. Tunggu sehingga sambungan internet berjaya dan mulakan tugas anda.
Ulang langkah 1-7 untuk gajet-gajet yang lain. Ianya sangat membantu sekiranya anda perlu bekerja secara berkumpulan dan rakan-rakan anda tidak mempunyai kemudahan broad-band. Jadi anda hanya perlu berkongsi password anda kepada mereka supaya 4-5 komputer riba mendapat akses kepada kemudahan internet dan tugasan dapat disempurnakan bersama dengan lebih cepat.
Selamat berwi-fi.
Bagaimana caranya?Bagi pengguna Samsung Note 2, ikuti kaedah mudah- langkah demi langkah:

Monday, March 3
Wednesday, January 15
Berlari..
Saat kematian kian hampir.. dan kita pun ber'lari'.. menyempurna segala misi, visi, amanah dan janji.. sebelum berpulang pada Ilahi.
Tahun baru.. kita merangka strategi baru.. sejarah baru.. meski destinasi tetap SATU:
"Work smart.. work with joy and happiness.. work in synergy".
Kita ber'lari' merentas cakrawala .. menongkah tsunami zaman. Kita percaya.. bahkan sangat percaya.. bahawa setiap detik yang dimiliki saat ini nilainya infiniti. Dan kerana itu.. kita pun ber'lari' selagi Dia mengizinkan kita untuk terus ber'lari'.
Kita ber'lari' merealisasi mimpi dalam tawakkal kental.. tenang seimbang pada khauf dan raja'.. jua waad dan waid. Kita ber'lari' dan menggigit sekuat hati dengan geraham akan tali segala hikmah - al-Quran dan sunnah. Dan kerana itu.. kita yakin.. bahkan sangat yakin... bahawa sesungguhnya tiada suatu apapun yang mustahil dengan izin Allah.. lalu mencapai jaya.
Kita ber'lari' dan terus ber'lari' dalam fikir dan zikir saat musafir.. sebelum kembara ke yaumil akhir.
Moga pada setiap lafzah yang 'berlarian'... kita beroleh al-falah.. barakah... rahmah.. dan redha berlimpah.. jua terhindar daripada sekalian fitnah.
*Catatan dalam Facebook pada 31 Disember 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)