Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Saturday, January 30

Zarah Perubahan



Masa terus berjalan. Persekitaran sentiasa berubah. Kita mungkin berada di tempat yang sama, namun bukan di bawah awan sama dan di atas butiran tanah yang sama. Molekul-molekul kecil di persekitaran kita sentiasa berubah silih berganti. Ketika kita sedang asyik dengan tugas kita, entah apa yang berlaku kepada setiap butiran tanah yang tepat berada di bawah kaki sehingga ke teras bumi. Dan entah apa pula yang berlaku kepada setiap inci ruang yang tepat berada di atas kepala hingga ke lapisan langit yang ketujuh. Begitu juga dengan setiap unit nucleus di dalam setiap sel tubuh yang bertrilion jumlahnya. Setiap hari, trillion sel baru terbentuk dan disingkirkan. Setiap hari jantung mengepam trillion molekul darah yang berbeza. Begitu juga dengan paru-paru dan organ-organ tubuh yang lain. Perubahan berlaku terlalu pantas dan sering kali kita tidak menyedarinya kerana semua tugas itu disempurnakan tanpa memerlukan sebarang pemantauan atau arahan langsung dari manusia.

Ya, ia mungkin antara perkara yang terlalu remeh untuk difikirkan. Namun, izinkan saya meletakkan keremehan itu sebagai satu peringatan. Peringatan bahawa perubahan sentiasa berlaku dengan sangat pantas. Persoalannya, adakah kita sentiasa peka, sedia dan upaya untuk mengurus segala perubahan yang berlaku - dari sekecil-kecil perubahan hingga ke sebesar-besar perubahan?


Sara Tenang Berjilbab



Susunan ZUARIDA MOHYIN



PENTAS peragaan pakaian, gemerlapan dunia lakonan, jurulatih kesihatan serta aktivis hak asasi merupakan senario kerjaya wanita bernama Sara Bokker. Apatah lagi dia pernah tinggal di Florida dan di pantai Selatan Miami, antara lokasi paling popular untuk mencari kehidupan glamor.

Pastinyalah, kehidupan alam remaja yang dilalui Sara dahulu banyak berfokus kepada kehidupan tanpa bantasan akhlak dan agama. Lebih-lebih lagi dalam aspek penampilan seksi dan rupa paras yang cantik menjamin kelangsungan hidup di mata masyarakat dan pemantapan kerjaya masa depan.

Malah Sara adalah antara ratusan mahupun ribuan pengunjung setia pantai peranginan itu yang 'gemar mempamerkan tubuh' serta kononnya berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.

Setelah bertahun-tahun bergelumang dalam dunia yang serba-serbinya mementingkan penampilan luaran, menyebabkan Sara rasa terkongkong dalam dunia yang dipujanya selama ini.

Hakikatnya, rutin kehidupan sedemikian tidak membawa kepuasan sejati kepada Sara, terutamanya yang menyentuh aspek kerohanian.

Lantaran itu, Sara mulai mengalihkan kegiatannya dari pesta ke pesta dan alkohol kepada bermeditasi, mengikuti aktiviti sosial dan mempelajari pelbagai agama lain sebagai satu escapism.

Sehinggalah apabila dunia dikejutkan dengan serangan 11 September 2001, Islam tiba-tiba muncul terutamanya di kalangan Barat yang bukan beragama Islam.

"Itulah detik pertama saya mengenali agama Islam. Sebelum ini, gambaran saya tentang Islam ialah wanita berkelubung, agama yang menafikan serta menganiayai hak wanita, berpoligami serta Islam adalah agama yang terkenal sebagai pengganas serta cenderung kepada keganasan. Ditambah pada ketika itu saya dikira seorang aktivis hak asasi manusia.

"Perasaan ingin tahu di sebalik Islam inilah yang membawa saya kepada kitab al-Quran. Melihat pada kulit depannya sahaja saya sudah tertarik.

"Apabila membacanya pula, hati saya menjadi tersentuh kerana isinya membawa kita rapat kepada Pencipta, lebih memahami persoalan tentang kejadian alam sekitar ini dan segala aspek dalam kehidupan," kata Sara yang terkesan dengan agama yang tidak memerlukan perantara, tidak seperti agamanya sebelum ini.

Ketenangan yang diperoleh menerusi al-Quran memberikan keyakinan kepada Sara untuk menjadikan Islam agama kepercayaannya. Setahun kemudian, Sara bukan sahaja mendirikan rumah tangga dengan jejaka Muslim pilihan hati tetapi paling ketara bagi diri Sara ialah penampilan dirinya yang dikira berubah 360 darjah.

"Kalau sebelum ini saya lebih suka dan serasi dengan berseluar pendek, berbikini dan bergaya dengan pakaian Barat yang berkelas. Kini tidak lagi. Saya lebih tenang dan selesa bila mengenakan jubah dan tudung kepala sebagaimana wanita-wanita Muslim berbusana Muslimah.

"Orang yang saya temui tetap sama tetapi untuk pertama kalinya dalam hidup ini, saya benar-benar menjadi seorang wanita Muslimah. Malahan saya tidak lagi terkongkong dengan minda masyarakat moden ketika itu. Inilah kebebasan yang saya cari-cari selama ini," cerita Sara akan pengalaman pertamanya berjilbab di khalayak ramai.

Beberapa lama mengenakan jilbab, hati Sara teringin untuk mengenakan niqab (pakaian Muslimah lengkap dengan purdahnya). Pernah juga dia mengajukan keinginannya itu kepada suami. Namun balas suaminya, menutup aurat itu satu kemestian kepada wanita Islam tetapi sebaliknya bagi berpurdah.

Pun demikian, hampir setahun setengah kemudiannya, Sara akhirnya mengenakan niqab dengan alasan berasa lebih tenang dan damai serta mahu melakukan terbaik hanya untuk Allah SWT.

Sayangnya, penampilan barunya itu mendapat reaksi yang pelbagai. Antara pihak yang terang-terangan mengkritik keras adalah ahli politik, kumpulan gereja dan aktivis kebebasan dan hak asasi manusia di media massa.

Mereka mengatakan bahawa niqab adalah satu bentuk penindasan terhadap kaum wanita, halangan bagi integrasi sosial dan paling memedihkan, berniqab dikatakan sebagai petanda kemunduran dan terkebelakang.

"Saya melihat kenyataan-kenyataan di atas ini sebagai kata-kata orang munafik.

"Natijahnya sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Maghribi dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Eropah.

"Sehingga kini, saya tetap seorang aktivis wanita tetapi seorang aktivis wanita Muslimah, yang menyeru kepada para Muslimah untuk tetap menunaikan tanggung jawabnya dan memberikan sokongan penuh pada suami-suami mereka agar menjadi seorang Muslim yang baik. Membesar dan mendidik anak-anak mereka agar menjadi Muslim yang berkualiti sehingga mereka boleh menjadi insan berguna bagi seluruh umat manusia.

"Di samping itu, saya menyeru kaum wanita untuk berbuat baik dan menjauhi kemungkaran serta menyebarkan kebaikan dan menentang kebatilan.

"Yang pastinya, saya tidak berhenti setakat diri ini menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turut memperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyah musuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam," tegas Sara.

Tambah beliau, sebagai seorang bekas bukan Islam, dia bertekad menjelaskan kepada wanita lain akan hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi ke atas dirinya sendiri.


Sumber: Utusan Malaysia Online


Nota: Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.


Thursday, January 28

Rumahku Syurgaku: Ibu & Ayah



Bilakah kali terakhir saudara bertemu ibu dan ayah saudara?


Bilakah kali terakhir saudara menelefon dan bertanya khabar kepada mereka?


Bilakah kali terakhir saudara mengucup dan mendakap mereka penuh cinta?


Bagaimana saudara melayani mereka?


Ketika mengendalikan satu sesi temuramah, saya teruja dengan keprihatinan anak-anak kepada ibu dan ayah mereka. Di usia senja, ibu dan ayah ini bukan sahaja dilimpahkan dengan wang ringgit, kediaman yang lengkap, kenderaan yang selesa, rawatan perubatan terbaik, tetapi juga kasih sayang yang dan penghormatan yang tidak berbelah bagi oleh anak-anak mereka.Namun, bak kata mereka.. itupun tidak mampu membalas pengorbanan keduanya dari kecil sehingga dewasa. Di tengah kemelut hubungan kekeluargaan yang tegang, hubungan kekeluargaan yang indah sebeginilah yang wajar diangkat dalam masyarakat sebagai contoh ikutan.


Apa rahsianya? Kuncinya terletak kepada pendidikan yang sempurna dan role model yang baik yang ditunjukkan oleh keduanya dalam menunaikan setiap amanah yang diberikan. Ibu bapa menjadi idola kebanggaan anak-anak... lebih dari tokoh-tokoh terkemuka dan barisan selebriti di luar sana.


Saya percaya, jika anak-anak mengagumi kedua ibu bapanya, tiada sebab untuk mereka membuang keduanya. Jika suatu ketika, ibu dan ayah amat memuliakan datuk dan nenek kepada anak-anaknya serta menunaikan tanggungjawab kepada anak-anaknya itu pula dengan ikhlas dan sempurna, maka adalah hampir mustahil anak-anak akan melayani kedua ibu-bapanya dengan buruk setelah usia mereka berada di ambang senja. Begitu juga... seandainya suatu ketika dahulu, ibu dan ayah mereka pernah melakukan kesilapan yang sukar dimaafkan, anak-anak yang faham agama dan berakhlak mulia.. pastinya tidak sekali-kali tega untuk meminggirkan keduanya.



Monday, January 25

150,000 Haiti quake victims buried, gov't says



PORT-AU-PRINCE, Haiti – The truckers filling Haiti's mass graves with bodies reported ever higher numbers: More than 150,000 quake victims have been buried by the government, an official said Sunday.


That doesn't count those still under the debris, carried off by relatives or killed in the outlying quake zone.


"Nobody knows how many bodies are buried in the rubble — 200,000? 300,000? Who knows the overall death toll?" said the official, Communications Minister Marie-Laurence Jocelyn Lassegue.


Dealing with the living, meanwhile, a global army of aid workers was getting more food into people's hands, but acknowledged falling short. "We wish we could do more, quicker," said U.N. World Food Program chief Josette Sheeran, visiting Port-au-Prince.


In the Cite Soleil slum, U.S. soldiers and Brazilian U.N. peacekeeping troops distributed food. Lunie Marcelin, 57, said the handouts will help her and six grown children "but it is not enough. We need more."


Yet another aftershock, one of more than 50 since the great quake Jan. 12, shook Port-au-Prince on Sunday, registering 4.7 magnitude, the U.S. Geological Survey said. There were no immediate reports of further damage.


The Haitian government was urging many of the estimated 600,000 homeless huddled in open areas of Port-au-Prince, a city of 2 million, to look for better shelter with relatives or others in the countryside. Some 200,000 were believed already to have done so, most taking advantage of free government transportation, and others formed a steady stream out of the city on Sunday.
International experts searched for sites to erect tent cities for quake refugees on the capital's outskirts, but such short-term solutions were still weeks away, said the International Organization for Migration, an intergovernmental agency.


"We also need tents. There is a shortage of tents," said Vincent Houver, the Geneva-based agency's chief of mission in Haiti. Their Port-au-Prince warehouse has 10,000 family-size tents, but some 100,000 are needed, he said. The organization has appealed for $30 million for that and other needs, and has received two-thirds of that so far.


In the aftermath of the 7.0-magnitude earthquake, the casualty estimates have been necessarily tentative. Lassegue told The Associated Press the government's figure of 150,000 buried, from the capital area alone, was reported by CNE, a state company collecting corpses and burying them north of Port-au-Prince.


That number would tend to confirm an overall estimate of 200,000 dead reported last week by the European Commission, citing Haitian government sources. The United Nations, meanwhile, was sticking Sunday with an earlier confirmed death toll of at least 111,481, based on recovered bodies.


The final casualty estimates, which the European Commission said also include some 250,000 injured, will clearly place the Haiti earthquake among the deadliest natural catastrophes of recent times. That list includes: the 1970 Bangladesh cyclone, believed to have killed 300,000 people; the 1974 northeast China earthquake, which killed at least 242,000 people; and the 2004 Indian Ocean tsunami, with 226,000 dead.


One who wouldn't die in Port-au-Prince was Wismond Exantus, who was extricated from the rubble Saturday. He spoke with the AP from his cot in a French field hospital on Sunday, saying the first thing he wanted to do was find a church to give thanks.


He spent the 11 days buried in the ruins of a hotel grocery store praying, reciting psalms and sleeping, he said. "I wasn't afraid because I knew they were searching and would come for me," he said.


With such rescues now increasingly unlikely, Haiti's government has declared an end to search operations for the living, shifting the focus more than ever to caring for the thousands surviving in squalid, makeshift camps.


The World Food Program had delivered about 2 million meals to the needy on Friday, up from 1.2 million on Thursday, Sheeran said. But she acknowledged that much more was needed.


"This is the most complex operation WFP has ever launched," she said. "Food distribution is very difficult," said Dr. Henry Ariel of the Haitian Health Ministry. "The food doesn't reach up to now everyone."


The scene Sunday at Cite Soleil, the capital's largest and most notorious slum, showed the need.
Thousands of men, women and children lined up and waited peacefully for their turn as the American and Brazilian troops handed out aid — the Americans gave ready-to-eat meals, high-energy biscuits and bottled water, the Brazilians passed out small bags holding uncooked beans, salt, sugar and sardines, as well as water.


The need for medical care, especially surgery, postoperative care and drugs, still overwhelmed the help available, aid agencies reported. In the isolated southern port city of Jacmel alone, about 100 patients needed surgery as of Friday, the U.N. reported. Medical personnel were there, but not the necessary surgery supplies.


In Port-au-Prince, meanwhile, the aid group Doctors Without Borders said its inflatable hospital — six large inflatable tents flown in from France — was preparing for its first operations.


At the Choscal hospital in Cite Soleil, the operating room has been busy with obstetric cases and some machete and gunshot wounds, Doctors Without Borders said, as looting and violence sputtered on among the ruins. The numbers of young men scavenging for goods seemed lower, however, since most shops were already entirely cleaned out.


The world's nations have pledged some $1 billion in emergency aid to Haiti. Organizers of Friday night's "Hope for Haiti Now" international telethon reported the event raised $57 million, with more pledges from ordinary people still coming in.


___
Associated Press writers contributing to this story included Michelle Faul, Ben Fox and Paul Haven in Port-au-Prince, and Charles J. Hanley in Mexico City.





Empat Perkara yang Tak Perlu Di Buru




Percaya atau tidak..adakalanya untuk mendapatkan sesuatu, langkah yang terbaik adalah jangan memburunya. Sebaliknya, tumpukan pada perkara yang lebih penting. Memperindahkan hubungan dengan Allah dan sesama manusia: menyempurnakan segala amanah, sentiasa optimis, profesional, berjiwa besar, seimbang, mengamalkan gaya hidup terpuji, sentiasa maju kehadapan, sentiasa memantapkan ilmu di dada, sentiasa memperteguh benteng iman dan taqwa, menghindari perkara yang sia-sia, bijaksana dalam berfikir dan bertindak, menyucikan jiwa dan raga, indah dan berhemah dalam bertingkah dan berbicara, sentiasa ikhlas (melakukan dan meninggalkan sesuatu semata-mata kerana Allah), kaizen... melakukan yang terbaik dalam apa jua, sentiasa peka dan berwaspada, berlapang dada, jua redha dengan setiap ketentuan-Nya.


Sesuatu itu adalah populariti, kuasa, harta dan... cinta manusia.


Kenapa dan mengapa?


Jawapannya mungkin sedang berlegar di benak saudara yang bijaksana. :)

Sunday, January 24

Kekayaan Hati Budi

Bahagialah yang miliki kekayaan hati budi..kerna Allah bersamamu..wahai para muttaqin.

Bahagialah yang miliki kekayaan hati budi.. kerna Allah bersamamu..wahai para mukhlisin.



Saturday, January 23

Fikir-fikir






UNTUK menjaga kesihatan jiwa, biasakan berfikir setiap hari walau fikiran yang kecil sekalipun kerana apabila otak dibiarkan menganggur, boleh ditimpa sakit malah menjadi bingung. Tiap-tiap hari otak mesti dilatih. Jika otak malas berfikir, kita menjadi dungu. Kebanyakan mereka yang bodoh kerana malas berfikir. Itulah mati di dalam hidup. Haruslah diajar kekuatan berfikir sejak kecil kerana orang yang kuat berfikir akan dapat menghasilkan hikmat. Jika besar kelak dia akan menjadi garam, yang tanpanya sambal masyarakat tiada ada rasa. Berfikir hampir dengan pengalaman. Seorang pemikir berpengalaman, boleh mengambil natijah (kesimpulan) suatu perkara dengan segera, sedang orang lain memandang perkara itu besar dan sulit.



Laksana seorang yang ada keris pusaka yang tajam, sentiasa diasah dan digosok. Jika keris itu disimpan saja, tidak diasah, digosok, akan berkarat. Begitu juga fikiran manusia, seorang ahli ilmu akan sentiasa ingin menambah ilmunya kerana ilmu laksana lautan. Manusia umpamakan rahsia dan keajaiban alam ini dengan lautan besar. Ombaknya yang memecah, membawakan mutiara yang tersimpan di dasar lautan masih banyak, hingga dunia kiamat, perbendaharaan laut itu tidak akan habis. Berkata Hasan Basri: "Pimpin dan kendalikan jiwa dengan baik, kerana amat liarnya, dan beri ingatlah, kerana dia lekas lupa."



Sumber: Berita Harian Online.


Kemangkatan Sultan Johor




JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi. Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.


Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja. Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.


Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar. Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang. Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi. Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.


Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja. Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.


Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.


“Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari,”

katanya.


Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.


“Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri,” katanya.





Friday, January 22

Tips Mengatasi Kemurungan Akibat Kematian (Grieving)


Foto: Pantai Kijal, Terengganu



Kehilangan individu yang signifikan (penting) dalam hidup kita sememangnya agak sukar untuk diterima. Tiada salahnya bersedih untuk seketika. Namun, kesedihan yang melampau dan berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan mental, rohani dan jasmani. Dalam kebanyakan kes yang saya temui, ianya terkadang mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi kemurungan akibat kematian/pemergian insan yang tersayang, antaranya:


1. berbaik sangka dengan Allah, redha dengan setiap ketentuan.

2. berfikiran positif... percaya bahawa setiap sesuatu yang berlaku pasti mengandungi hikmah tertentu.

3. biarkan air mata mengalir tanpa suara... bukan meraung... luahkan rasa hati dengan individu yang boleh dipercayai.. atau luahkan melalui karya seni/kerja kreatif.

4. elakkan bersendirian... jika sendirian, banyakkan bermonolog dengan Tuhan. Pohon kekuatan dari-Nya.

5. pandang ke hadapan. Fokus kepada matlamat dan perancangan yang telah di buat. Jika belum ada, susun semula perancangan dan tetapkan matlamat baru.

6. perindahkan hubungan dengan Tuhan dan sesama manusia

7. fikirkan perkara lebih besar dan hayati kesengsaraan orang lain di seluruh dunia

8. sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah

9. menghadiri majlis-majlis ilmu samaada secara formal atau tidak

10. bergaul dengan individu yang berilmu, baik dan ceria

11. berbuat baik sesama manusia

12. memperbanyakkan bersedekah

13. melancong/mengembara

14. sibukkan diri dengan kerja dan hobi yang bermanfaat.

15. menghayati bacaan al-Quran beserta tafsir.. juga hadith-hadith nabi yang mutawatir

16. menghayati sirah Rasulullah SAW dan para anbiya

17. membaca buku-buku motivasi, akademik dan buku-buku agama

18. menghubungkan tali silaturahim

19. membelai binatang kesayangan dan kanak-kanak

20. menanam pokok dan menjaganya dengan baik

21. menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat






Haiti digegar gempa lagi



KANAK-KANAK berusia empat tahun dikenali sebagai Joicy meneguk air sementara menunggu giliran untuk dirawat oleh B-FAST (Pasukan Bantuan Kecemasan dan Sokongan Belgium) di khemah rawatan di Port-au-Prince, Haiti, kelmarin. – REUTERS


PORT-AU-PRINCE 21 Jan. – Satu gegaran susulan kuat menggegar bandar Haiti semalam, yang telah terjejas akibat gempa bumi sebelum ini, mengakibatkan beribu-ribu mangsa gempa bumi yang masih trauma bertempiaran lari ke jalan-jalan raya dalam keadaan takut.


Dalam pada itu, walaupun selepas lapan hari bencana tersebut berlaku, masih ada mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan yang disifatkan sebagai satu keajaiban.


Di tengah-tengah kubur besar, khemah yang menempatkan klinik sementara dan mangsa yang kian terdesak menanti bantuan, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang bayi, beberapa kanak-kanak dan mangsa-mangsa lain daripada bawah runtuhan di negara Caribbean itu.


Beribu-ribu tentera Amerika Syarikat (AS) turut ditempatkan ketika negara-negara lain berjanji untuk menghantar lebih ramai tentera bagi membantu pengagihan bantuan, menyediakan rawatan perubatan dan menjamin situasi selamat di jalan-jalan bagi mangsa yang terjejas untuk terus hidup.


Gegaran susulan terbesar menggegar waktu subuh semalam, lapan hari selepas ibu negara Haiti dikejutkan dengan satu gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter, mengorbankan sekurang-kurangnya 75,000 nyawa dan mengakibatkan sejuta yang lain hilang tempat tinggal.


“Tuhan mahu musnahkan semua rakyat Haiti kerana mereka jahat,’’ kata Eleude Joseph, seorang ibu dua anak kepada AFP di sebuah kem kotor yang menempatkan 6,000 mangsa di Place Saint-Pierre.


Tiada laporan sesiapa terbunuh atau tercedera oleh gegaran susulan 6.1 pada skala Richter itu, namun beberapa bangunan yang rosak dilapor runtuh, termasuk satu-satunya dinding gereja utama di Haiti.


Walaupun digegarkan dengan ancaman terbaru, pasukan penyelamat berhempas pulas meneruskan operasi mencari dan penat lelah mereka akhirnya berbalas dengan penemuan mangsa yang masih terselamat iaitu seorang bayi perempuan berusia 23 hari, kanak-kanak lelaki berumur lima tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.


Bagaimanapun, usaha mencari mungkin akan dihentikan apabila operasi bantuan besar-besaran dimulakan bagi membantu beribu-ribu mangsa yang terselamat yang berdepan masalah kekurangan air di khemah-khemah sementara, di mana penyakit cirit-birit sudah merebak.


Bantuan antarabangsa juga kini ditumpukan kepada usaha membina semula negara tersebut, dengan persidangan penderma utama dijangka diadakan Isnin depan di Montreal. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia Online



Friday, January 15

Jernih Fikir


Sesiapa yang meninggalkan perbuatan dosa maka lembut hatinya. Sesiapa yang menjauhi perkara yang haram dan mendekati perkara yang halal, jernihlah fikirannya.

~Tazkirah Harian Maxis~

Dust is My Bed

Saatnya pasti tiba... bersediakah kita?

Sunday, January 10

Sabar & Iman




Sabar dengan iman ibarat kepala manusia. Tiada tubuh bagi orang yang tiada kepala dan tiada iman bagi orang yang tiada kesabaran



~ Saidina Ali K.W.~


Friday, January 1

Kita Siapa?




Kita ini siapa... di sisi Esa?