Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com


Sunday, February 17

Teori Islam


Teori digunakan untuk memahami sesuatu perkara berasaskan kerangka pemikiran tertentu. Usai membicarakan teori-teori psikologi dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia, seorang pelajar dewasa bertanya dengan jujur:

"Puan, teori Islam ada tak?".


Ya, pastinya ada. Pelbagai teori dan konsep telah diperkenalkan oleh sarjana Islam dalam memahami manusia. Bagaimanapun, kita seringkali terlepas pandang terhadap teori-teori tersebut dalam silibus pengajian.


3 comments:

NURJANNAH said...

Assalamualaykum Penulis 7 Kilas: Jadi apa cadangan penulis terhadap isu ini~ kita selalu terlepas pandang teori-teori Islam?

NURJANNAH said...

Assalamualaykum Penulis 7 Kilas.
Tahniah, perkara ini menarik perhatian saya, dan sangat penting untuk ditangani. Jadi apa cadangan penulis bagaimana harus kita menangani isu ini?

Jamiah said...

Saudari Nurjannah,

Waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas keprihatinan saudari.

Teori tersebut boleh diintegrasikan dengan teori sedia ada serta diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal agar dapat dimanfaatkan bersama.

Ianya juga boleh dimasukkan ke dalam silibus pengajian setelah dikaji semula, dibincangkan dan diperdebatkan secara meluas serta dimantapkan lagi dengan penemuan kajian semasa.

Atau, saudari sendiri mungkin boleh menyumbang teori-teori baru berteraskan yang berteraskan Islam melalui kajian saintifik yang tara dan tinggi kualitinya untuk kesejahteraan sejagat.

Sekian. Sebarang cadangan lain adalah dialu-alukan.