Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Thursday, January 28

Rumahku Syurgaku: Ibu & Ayah



Bilakah kali terakhir saudara bertemu ibu dan ayah saudara?


Bilakah kali terakhir saudara menelefon dan bertanya khabar kepada mereka?


Bilakah kali terakhir saudara mengucup dan mendakap mereka penuh cinta?


Bagaimana saudara melayani mereka?


Ketika mengendalikan satu sesi temuramah, saya teruja dengan keprihatinan anak-anak kepada ibu dan ayah mereka. Di usia senja, ibu dan ayah ini bukan sahaja dilimpahkan dengan wang ringgit, kediaman yang lengkap, kenderaan yang selesa, rawatan perubatan terbaik, tetapi juga kasih sayang yang dan penghormatan yang tidak berbelah bagi oleh anak-anak mereka.Namun, bak kata mereka.. itupun tidak mampu membalas pengorbanan keduanya dari kecil sehingga dewasa. Di tengah kemelut hubungan kekeluargaan yang tegang, hubungan kekeluargaan yang indah sebeginilah yang wajar diangkat dalam masyarakat sebagai contoh ikutan.


Apa rahsianya? Kuncinya terletak kepada pendidikan yang sempurna dan role model yang baik yang ditunjukkan oleh keduanya dalam menunaikan setiap amanah yang diberikan. Ibu bapa menjadi idola kebanggaan anak-anak... lebih dari tokoh-tokoh terkemuka dan barisan selebriti di luar sana.


Saya percaya, jika anak-anak mengagumi kedua ibu bapanya, tiada sebab untuk mereka membuang keduanya. Jika suatu ketika, ibu dan ayah amat memuliakan datuk dan nenek kepada anak-anaknya serta menunaikan tanggungjawab kepada anak-anaknya itu pula dengan ikhlas dan sempurna, maka adalah hampir mustahil anak-anak akan melayani kedua ibu-bapanya dengan buruk setelah usia mereka berada di ambang senja. Begitu juga... seandainya suatu ketika dahulu, ibu dan ayah mereka pernah melakukan kesilapan yang sukar dimaafkan, anak-anak yang faham agama dan berakhlak mulia.. pastinya tidak sekali-kali tega untuk meminggirkan keduanya.



No comments: