Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Sunday, November 2

Asabiah


Dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang boleh dipilih dan sebaliknya. Salah-satunya adalah asal-usul dan keturunannya. Allah menciptakan manusia dari jenis lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling mengenali. Ya, jika Allah mahu pastinya boleh saja manusia cuma sebangsa, sewarna dan seagama. Manusia boleh memilih agama dan jalan hidupnya, namun manusia sama sekali tidak boleh memilih ibu-bapa dan keluarga biologinya. Semangat asabiah yang keterlaluan jua kebencian kepada suatu-suatu bangsa, puak atau keturunan semata-mata kerana faktor kejadian alamiahnya adalah sebahagian dari warisan jahiliah yang perlu dihapuskan serta-merta.

Setiap manusia adalah kejadian Allah yang paling sempurna. Yang terbaik bukan yang paling paling indah rupa parasnya atau paling tinggi darjat keturunannya di mata manusia. Yang terbaik di sisi Allah adalah yang mulia akhlaknya dan paling banyak berjasa. Yang paling mulia di sisi Allah bukan yang paling tinggi gelaran dan pangkatnya atau paling petah dalam berbicara. Yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

Justeru, tiada logiknya untuk terlalu taksub dengan keturunan sendiri dan merendah-rendahkan keturunan orang lain. Setiap manusia punya peluang dan potensi menjadi manusia yang terbaik dan terpandang di sisi Allah. Jua, tiadalah patut manusia berasa rendah-diri dan malu dengan keturunan serta asal-usulnya. Sebaliknya, redha dan bersyukur seadanya, berusaha memperbaiki kelemahan disamping merintis sebanyak mungkin kejayaan agar bangsanya menjadi bangsa yang mulia dan terkemuka di sisi Allah dan di sisi manusia.



No comments: