Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Saturday, November 1

Penawar Darah Tinggi




Tumbuhan sememangnya kaya dengan khasiat kesihatan. Sementara menunggu kelas bermula, Puan Azwa (pengusaha sekolah rendah integrasi Islam di Kuantan) sempat berkongsi petua ayahnya meredakan penyakit darah tinggi yang dihidapi sejak bertahun-tahun. Petuanya mudah saja. Anda cuma perlukan:


  • Sebatang lobak merah

  • 1/3 atau 1/4 batang lobak putih (jika terlalu banyak rasanya agak pahit)

  • sebiji timun

Bersihkan. Buang kulitnya jika mahu, tambah sedikit air dan kisar. Minum setiap hari.


Bagi yang tidak suka minum jus atau makanan yang dikisar, mungkin boleh dijadikan ulam atau dihiris dan digaulkan dengan makanan lain bagi menambah selera (sebagai alternatif).


Menurut Puan Azwa, doktor perubatan yang memeriksa ayahnya sedikit hairan apabila mendapati penyakit darah tingginya hilang begitu saja.


Apapun, tidak rugi untuk mencubanya walaupun kita tidak mempunyai sebarang penyakit. Ketiga-tiganya kaya dengan vitamin dan serat. Tambahan pula, mencegah jauh lebih baik dari mengubat. :)


No comments: