Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Tuesday, January 11

Etika Pemiutang


Tips Menjadi Pemiutang

Adakalanya memberi hutang (dengan niat untuk membantu dan tanpa mengenakan sebarang faedah) lebih baik daripada memberi sedekah kerana lazimnya orang berhutang kerana keperluan yang mendesak. Namun, dua langkah penting perlu dibuat terutamanya jika melibatkan jumlah kewangan yang besar (nilainya bergantung kepada tahap kemurahan hati dan status kewangan pemiutang).

1. Membuat perjanjian secara bertulis (antaranya butiran hutang dan tarikh pembayaran semula)
2. Mengadakan dua orang saksi yang boleh dipercayai


Tanpa perjanjian bertulis dan saksi, sebilangan penghutang yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan. Terkadang penghutang terlupa dan ada juga yang buat-buat lupa lalu menuduh pemiutang mengadakan cerita. Tidak salah berbaik sangka namun tidak salah juga berhati-hati untuk kepentingan jangka panjang. Sering terjadi, ikatan kekeluargaan dan persahabatan menjadi renggang dan terputus disebabkan hilang kepercayaan kepada penghutang. Tidak salah juga bermurah hati untuk menyedekahkan hutang tersebut jika benar-benar ikhlas dan berkemampuan. Bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab penghutang untuk menyempurnakan hutang tersebut kerana mungkin pemiutang juga kesempitan wang ataupun sekurang-kurangnya pemiutang boleh memberikan bantuan kepada individu lain yang lebih memerlukan. Juga, menjadi tanggungjawab pemiutang untuk mendidik penghutang secara berhemah agar bertangggung-jawab dan tidak menyesal di hari pembalasan.

Sekadar Iktibar

Seseorang pernah mengatakan begini:

"Saya bukan nak sombong, tapi kalau setakat RM100 baik tak payah".

Ternyata, setelah 4 tahun berlalu, individu ini tidak pernah membayar walau sesen pun dari hutangnya kepada pemiutang yang hanya berjumlah RM400.

Oleh itu, berhati-hati dalam memberi pinjaman kerana terdapat segelintir individu yang menjadikan hutang sebagai sumber pendapatan. Jika berdepan dengan individu yang berpotensi sebegini, berikan pinjaman setakat nilai yang rela hati untuk disedekahkan (walaupun cuma sepuluh sen) agar tiada ungkitan di hari kemudian.



Rujukan buat orang yang beriman:

Surah Al Baqarah, 282:


Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.


Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar.


Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.

Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur.
Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu).

Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu.


(Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya.


Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan.


Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu.


Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


http://quranterjemah.com/index.php?mod=main.search&cari=1





No comments: