Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Saturday, September 12

Tazkirah Ramadan II



Bermula awal Ramadan, setiap hari kotak mesej saya didatangi dengan tiga mesej percuma dari MAXIS: Waktu imsak di seluruh Malaysia, waktu berbuka puasa di seluruh Malaysia dan tazkirah Ramadan. Sayang untuk memadamkannya namun memori telefon bimbit saya sudah tidak mampu untuk menampungnya lagi. Berikut antara peringatan yang diberi:



  1. Cuba sedaya upaya mengawal pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang serta tercela lagi terkutuk di sisi Allah Taala

  2. Cukupkan solat sunat terawih serta witir sepanjang Ramadan kerana ia hanya ada pada bulan ini sahaja dan tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain

  3. Elakkan makan daripada makanan yang syubhah iaitu ragu-ragu samaada ia halal atau haram dan yang ternyata haramnya ketika berbuka puasa atau bersahur

  4. Jangan banyakkan tidur di siang hari kerana hanya tidur orang berpuasa yang berpada-pada sahaja akan dikira sebagai ibadah.

  5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta memahami isi kandungan Al-Quran. Ganjaran pahala yang besar menanti khususnya di bulan Ramadan ini

  6. Menyediakan makanan untuk orang yang berbuka puasa besar ganjarannya. Nabi bersabda yang bermaksud: Pahala orang yang memberi makan orang yang berbuka puasa sama dengan orang yang berpuasa- Tirmizi

  7. Orang berpuasa lalu membuat amalan sunat, diampunkan dosa dan tergolong dalam orang-orang yang benar. Sesiapa menghidupkan Ramadan, terampun dosanya- Bukhari.

  8. Pada bulan Ramadan ditutup rapat pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga - Bukhari

  9. Peliharalah lidah dari bercakap-cakap kosong, mengumpat, memfitnah, berkata lucah, atau sia-sia lagi melalaikan serta aktiviti yang membuang masa.
  10. Ramadan mengajar umat berkongsi kesusahan yang dialami fakir miskin dan yang memerlukan. Falsafah puasa menerbitkan keinsafan.
  11. Banyakkan zikir di bulan Ramadan. Dua perkara yang yang tuhanmu redha adalah kalimah Lailahaillallah dan Astaghfirullahal a'zim.


Nota: Terima kasih daun keladi :)

No comments: