" Sejak saya membesar, saya sentiasa tekun untuk mendapatkan ilmu pengetahuan untuk menggali beberapa kelebihan, berpindah antara beberapa ilmu dan majlis-majlis ilmu sehinggalah wabak taun yang meresap membawa pergi bersama-samanya mata-mata dan hati-hati serta sekalian guru-guruku dan ayah saya juga turut dimusnahkan oleh wabak itu".
Peristiwa sejarah sentiasa berulang kerana fitrah manusia tidak berubah mengikut zaman. Walau secanggih manapun peradabannya, manusia tetap mempunyai kelemahan di sana-sini, pelupa dan tergesa-gesa. Bahkan, dari aspek fisiologi, manusia akhir zaman ini lebih lemah berbanding manusia terdahulu. Justeru, tidak hairanlah jangka hayatnya lebih pendek (120 tahun) berbanding manusia terdahulu (350 tahun dikira masih usia belia di zaman nabi Musa). Dan kerana itulah, manusia sentiasa memerlukan panduan tentang realiti hidup berasaskan wahyu Tuhan yang bersifat mutlak, meneliti dan mengambil iktibar dari sejarah (terutamanya punca keunggulan dan keruntuhan sesebuah peradaban) yang pernah dilalui oleh manusia terdahulu dan mengerahkan seluruh jentera akalnya untuk mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment