Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Thursday, September 16

Remaja Hamil Luar Nikah


Oleh Prof. Madya Dr. Khaizir Ismail

Fenomena remaja hamil tanpa nikah sering mendapat perhatian dalam akhbar-akhbar tempatan dewasa ini.

Menurut rekod yang diperoleh daripada Pusat Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja) yang melaporkan kira-kira 120 wanita dari seluruh negara melahirkan anak luar nikah antara Januari hingga Jun 2010.

Statistik pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang mengendalikan empat pusat bimbingan dan perlindungan Raudhatus Sakinah mendapati, 190 bayi luar nikah dilahirkan sejak mula pusat bimbingan tersebut ditubuhkan pada 1998 (Kosmo 2009, 10 Ogos).

Laporan Center for Disease Control dalam kajian Fatimah Abdullah (2009) berhubung kadar peratusan kelahiran bagi ibu tanpa nikah juga menunjukkan trend kelahiran anak luar nikah dari tahun 1980 hingga 2007 untuk negara Amerika Syarikat (AS) serta beberapa negara lain (sehingga tahun 2006).

Didapati Jepun mempunyai kadar kelahiran luar nikah paling rendah iaitu dua peratus bagi 2007, meningkat satu peratus daripada tahun 1980. Peningkatan pesat dilihat bagi negara-negara seperti Itali iaitu daripada empat peratus tahun 1980 kepada 21 peratus tahun 2006, Ireland daripada lima peratus 1980 kepada 33 peratus (2006), Kanada dari 13 peratus (1980) kepada 30 peratus (2006) dan United Kingdom dari 12 peratus (1980) menjadi 44 peratus (2006) dan AS daripada 18 peratus (1980) kepada 44 peratus (2007).

Di Malaysia pula, perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 1999 hingga 2003 mendapati bilangan anak yang dilahirkan oleh ibu tunggal tanpa nikah adalah 70,430 orang dan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 12,836 orang.

Ini diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu (574). (Mohd. Tamyes 2007).

Menurut kajian Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, punca hubungan yang menyebabkan masalah ibu tanpa nikah adalah 92.5 peratus responden melakukan seks tanpa nikah dengan pasangan mereka secara sukarela.

Sebanyak 25 peratus akibat perbuatan rogol atau perkosaan dan lima peratus tidak mendaftarkan perkahwinan (Harnida Paturungi, 2008).

Sumber:



No comments: