Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Sunday, March 23

Kepimpinan & Pasangan Hidup



Buah Limau dan buah Ceri bertemu di bawah sebatang pokok kaktus berbunga ungu. Limau membelek-belek sebuah novel yang ditulis oleh buah Delima.

Limau: Dia (Delima) ni bagus, banyak buku yang ditulisnya. Penulisannya bagus-bagus. Tapi saya percaya, lepas kahwin... merudum terus!

Ceri: Saya tak rasa begitu. Jika dia mendapat pasangan yang baik... menyokong kerjayanya, mempunyai pemikiran yang tajam sepertinya, karyanya pasti jadi lebih hebat.

Limau: Hujah awak mematahkan hujah-hujah saya. Terdiam saya dibuatnya.

Ceri: Maaflah Limau, saya tidak berniat begitu. Jangan kecil hati ya. Saya teringat pendapat Prof Azimi dalam kelas dahulu. Nak tahu pendapat dia?

Limau: Ok... apa dia?

Ceri: Para nabi dan rasul yang ditaati oleh isteri dan anak-anak mereka, ajaran mereka lebih mengesankan berbanding para nabi yang tidak mendapat sokongan bahkan dikhianati pula oleh isteri dan keluarga mereka.

Limau: Contohnya?

Ceri: Contohnya Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim AS... ajarannya mengesankan dan pengikutnya sentiasa bertambah hari demi hari... sehinggalah hari ini. Sebaliknya, cuba kita apa yang berlaku para nabi yang ditentang oleh isteri dan keluarga mereka seperti Nabi Nuh dan Nabi Luth. Pengikutnya sedikit dan bahkan mungkin sudah pupus.

Limau: Jadi maksudnya, pemimpin yang hebat bermula di rumah. Bermula dengan pemilihan pasangan dan kepemimpinan dalam rumah tangga dan akhirnya di bawa ke luar... dalam masyarakat dan negara. Betulkan?

Ceri: Ya, betul. Bijak awak menangkap maksud saya. Jadi, kalau kita nak cari pemimpin yang benar-benar hebat... mereka berada di dalam keluarga yang juga hebat.

Buah Limau tertawa dan mindanya terus ligat berfikir...



No comments: