Friday, February 18

Merawat Hati yang Sakit





Orang yang berpenyakit hati, pemikirannya sentiasa negatif. Apa saja dilakukan oleh orang lain semuanya dipandang pelik, salah dan meragukan. Akhirnya, orang lain bahagia dengan hidupnya, dia pula menderita tiada sudahnya. Alam yang terbentang luas serasa begitu sempit menyesakkan. Itu baru hukum dunia. Hukuman psikologi. Jika dalam psikologi, istilah yang munkin sesuai adalah personaliti 'narcissistic'.


Sesekali kita memang perlu berfikiran secara negatif tetapi dalam kerangka pemikiran yang luas dan terbuka. Justeru, andai suatu masa tiba-tiba pemikiran sentiasa negatif sepanjang masa, maka berhati-hatilah. Itu petanda jiwa sedang bermasalah dan perlu diubati segera.


Kesimpulannya, selalulah berbaik sangka atau berfikiran secara positif, terbuka, matang lagi bijaksana. Buat keputusan berdasarkan ilmu dan fakta yang ada, dan bukan hanya pada sangkaan semata-mata. Orang yang selalu berbaik sangka lazimnya terdiri dari manusia yang beriman, ikhlas lagi lurus jiwanya. Namun, usah menyangka bahawa mereka ini lurus bendul serta mudah diperkotak-katikkan. Berhati-hatilah dengan firasat mereka yang tajam.. kerana mereka ini melihat bukan hanya dengan dua mata... dan mendengar.. bukan hanya dengan dua telinga.


3 comments:

NUR IZZATI ZULKIFLY said...

susahnya utk tidak berprasangka jahat. Astaghfirullah...

caca lisa said...

Berat untuk direalisasikan dalam kehidupan kita yang nyata..
Cabaran melawan hati yang penuh ego.. Allahu Akbar

mi zudin said...

Rasa sedih dan sakit pabila Di prasangka buruk atas perbuatan yang ikhlas...