Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Saturday, August 29

Tips Mengubah Tabiat Negatif



1. Tetapkan tabiat negatif yang ingin diubah (contohnya: kuat tidur)
2. Senaraikan kesan akibat tabiat tersebut serta faedah yang diperoleh dari perubahan. Simpan catatan tersebut.
3. Tetapkan tempoh masa yang realistik untuk berubah (contoh: seminggu, sebulan atau setahun)
4. Niatkan dalam hati untuk mengubah tabiat tersebut setiap malam sebelum tidur dan ketika bangun di awal pagi. Mohon kekuatan dari Allah untuk melakukan perubahan. Jika perlu tampal di tempat strategik. Baca setiap hari. Sucikan hati dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar.
5. Jauhi dari objek dan subjek yang dapat menggugat perubahan sehingga yakin dapat mengatasinya dengan baik. Dapatkan bantuan perubatan, nasihat pakar dan peralatan khas untuk perubahan tersebut jika perlu. Gantikan tabiat negatif dengan tabiat positif yang lain. Isi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.
6. Jika perlu, beritahu perubahan yang ingin dilakukan kepada individu yang anda suka dan percaya dapat memberikan sokongan moral. Dekatkan diri dengan individu yang berilmu lagi berakhlak mulia. Baca dan tonton bahan bermutu dan terpilih.
7. Istiqamah. Lakukan perubahan secara bertahap tetapi berkekalan. Tandakan setiap pencapaian dan berikan hadiah pada diri sendiri sebagai ganjaran. Kekalkan perubahan sehingga menjadi tabiat atau tret pribadi.


No comments: