Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Sunday, December 21

7 kilas kembali...




Salam semua. Semoga dirahmati Allah. Maaf kerana membuatkan anda ternanti-nanti buah pena kecil ini menari-nari semula di pentas siber. Maaf juga kerana lambat membalas sms dan email yang dikirimkan. Pulang dari bercuti 1340 email yahoo dan 720 email 'sekolah' menanti. Pastinya ada yang tertinggal dan tidak berbalas. Semoga tiada yang berkecil hati dan ukhuwah tetap bertaut rapi. Terima kasih jua kepada yang sudi melayangkan undangan, salam ingatan dan hadiah hari lahir di musim banjir dan tanah runtuh ini. Terima kasih kepada yang membaca catatan santai ini dan menghadiahkan pahala yang tidak ternilai harganya.


Selamat kembali ke alam persekolahan. Selamat pulang ke tanah air tercinta. Selamat mendirikan rumah tangga. Selamat menghadapi peperiksaan. Selamat membina semula kehidupan. Selamat menjadi manusia yang lebih trampil dan berjaya berbanding semalam. Selamat berhijrah dan selamat berbahagia.


Semoga berbahagia, berjaya, sentosa dan ceriang (ceria + riang) selalu.

No comments: