Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Monday, July 7

Pohon yang Berbuah

Malaysia kaya dengan landskap yang menarik. Pohon merimbun dan bunga-bungaan aneka warna menghiasai setiap sudut taman, pinggir jalan dan pelbagai lokasi strategik. Ribuan ringgit dibelanjakan semata-mata untuk penanaman dan pemuliharaan landskap tersebut. Bagaimanapun, jarang sekali tanaman tersebut boleh dijadikan sumber pemakanan dan ubat-ubatan.
Sudah sampai masanya, mereka yang terlibat dengan bidang landskap terutamanya yang melibatkan belanjawan yang besar atau individu yang rajin bertanam pokok menjadi lebih kreatif dengan menggunakan tumbuhan herba, sayuran dan buah-buahan sebagai tanaman utama.
Pohon asam jawa, mempelam, rambutan, pulasan, belimbing, buah pala, kelapa mawar, ciku, jambu air, betik dan aneka jenis limau sebagai contohnya boleh ditanam di sepanjang jalan atau di dalam taman menggantikan pohon ketapang atau apa sahaja jenis pohon kayu yang tidak mempunyai sebarang nilai pemakanan dan keushawanan.
Pohon herba seperti cekur, misai kucing, serai, kunyit, sirih dan juga sayur-sayuran seperti tomato, cili, ubi kayu dan bawang pula boleh digunakan secara kreatif untuk menghiasi ruang landskap. Ini tidak bermakna kita harus menebang pohon-pohon yang ada kerana dalam kepelbagaian, lazimnya akan tercipta keindahan dan keseimbangan.

No comments: