Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Wednesday, July 20

Itik Memandu?




Memelihara itik dan angsa boleh mendatangkan pulangan yang lumayan meskipun cuma diusahakan secara sampingan. Seorang pesara polis yang memelihara 50 ekor angsa memberitahu, beliau memperoleh pendapatan sekitar RM2,500 sebulan dengan menjual telur dan baka kedua spesies burung ini di pasaran. Sepasang angsa dewasa sebagai contohnya dijual dengan harga RM300.



Foto di atas bukan 'super impose'. Sejak semua ayam kampung peliharaannya mati akibat penyakit sampar, ibu saya 'beralih arah' dengan membela angsa dan itik pula. Itik betina dalam foto ini dalam perjalanan ke destinasi barunya - iaitu rumah kami. Bagaimanapun, maaf ya, itik ini tidak dipelihara untuk tujuan komersial.

No comments: