Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Tuesday, April 5

Pandang Belakang II




Pandang ke belakang diperlukan dalam beberapa situasi dan lokasi. Antara situasi dan lokasi yang penting ialah setelah menggunakan tandas, terutamanya tandas awam. Pastikan tidak meninggalkan sesuatu di tempat yang tidak sewajarnya. Tekan 'flush' dan masukkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Begitu juga dengan tuala wanita yang telah digunakan, cuci bersih, balut dengan tisu atau kertas dan masukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Pastikan juga tiada barang peribadi yang tercicir samada yang berharga mahupun tidak. Akhir sekali, pastikan keadaan tandas adalah sama bersih atau lebih bersih berbanding sebelumnya untuk keselesaan pengguna lain, atau mungkin jika terpaksa 'berurusan' di dalamnya buat kali kedua.


Terima kasih kerana memandang ke belakang.



No comments: