Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Wednesday, September 2

Stesyen Minyak: Mengurangkan Risiko Kerugian


Seorang teman sekolah bersama keluarganya bakal mengambil-alih sebuah stesyen minyak di Melaka dengan modal awal sekitar 350,000 Oktober ini. Debarannya kencang kerana ia membawa amanah keluarga. Semoga dia dan adiknya dapat menguruskannya dengan baik dan mencatat keuntungan yang tinggi.


Beberapa persoalan saya lontarkan untuk menilai kesediaannya kerana sebelum ini, sebuah stesyen minyak berhampiran terpaksa di tutup kerana kerugian. Kini, ianya telah diambil-alih oleh individu lain. Kerugian berlaku berikutan harga minyak yang tidak stabil - turun naik tidak menentu. Minyak yang dibeli pada harga tinggi terpaksa dijual pada harga rendah apabila harga minyak turun dipasaran.



Sememangnya setiap perniagaan mempunyai risiko sama ada tinggi atau rendah. Bagaimanapun, menurut teman saya ini, syarikat minyak yang diwakilinya mempunyai pendekatan yang baik untuk mengelakkan pengusaha stesen gulung tikar. Selain memiliki panel penasihat yang komited, syarikat minyak tersebut juga akan membayar semula perbezaan harga minyak apabila berlaku penurunan.

Justeru, saya kira pendekatan syarikat minyak antarabangsa tersebut boleh dicontohi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang, menarik usahawan baru yang berkebolehan untuk menceburi bidang ini dan seterusnya menyumbang keuntungan yang lebih besar kepada syarikat minyak dan negara dalam jangka masa panjang.

No comments: