Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Wednesday, August 19

Habbatus Sauda' & Kenangan di Universiti Malaya





Habbatus Sauda’

Terima kasih kepada Saudara Rantung yang mengirimkan komen ini:


"Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
"Gunakanlah Habbatus Sauda" kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ini adalah ikhtiar kita. Belilah apa2 jenama Habbatus Sauda dan amalkannya SEKARANG!!"


Ketika H1N1 mula menjadi pandemik, hadith ini mula berlegar di minda kita pastinya. Nyata, ianya telah dibuktikan secara saintifik sebagai penawar H1N1 dalam kajian yang dibuat oleh seorang saintis di Arab Saudi baru-baru ini. Alhamdulillah, Sebagai orang beriman,kita sentiasa menjaga kesihatan sebagai ibadah juga sentiasa optimis lagi yakin bahawa setiap penyakit memiliki penawarnya kecuali mati.

Saya mula mengenali habbatus sauda’ atau jintan hitam (nama saintifiknya nigella sativa) ketika bekerja di bazar konvokesyen UPM dan UM pada tahun 1998. Ia diproses dalam bentuk kapsul dan dijual dalam botol plastik berwarna putih serta dilabelkan.

Semalam, saya sempat mendapatkan 18 kotak habbatus sauda' (jenama Baraka keluaran Pharco Pharmaceuticals, Alexandaria) dari Sis Radwah untuk diedarkan kepada keluaga dan rakan-rakan. Kepada teman-teman yang ingin mendapatkannya, sila tinggalkan pesanan di telefon bimbit saya. Harga bagi sekotak RM 8.00. Setiap kotak mengandungi dua papan kapsul habbatus sauda' (12 kapsul bagi sepapan). Digalakkan mengambil 1-2 kapsul sehari bagi tujuan kesihatan.


Universiti Malaya dalam Kenangan

Saya tidak pernah belajar di UM namun banyak kenangan manis di sana. Salah-satunya ketika bekerja selama dua hari di bazar konvokesyen UM bersama Cikgu Siti Hajar (pengerusi Sekretariat Kerohanian K2 1997) yang kini bertugas di Pulau Pinang.

Gerai kami antara yang terbesar kerana menyewa tiga ruang sekaligus. Buku-buku agama disusun di atas meja. Kesemuanya diberi diskaun 25% kecuali buku-buku keluaran Darul Nu’man. Pembelian yang melebihi RM 20 dihadiahi dengan sepasang khat Allah dan Muhammad. Dibahagian hadapannya diletakkan habbatus sauda’ dan minyak dhab.


Majikan sementara kami lulusan agama dari Timur Tengah yang peramah dan pemurah. Mereka sepasang suami isteri yang masih muda dengan seorang cahayamata yang masih kecil. Mereka juga membela sepasang dhab (sejenis biawak padang pasir)- yang comel dan kuat tidur.

Jualan buku-buku agama sangat laris. Menariknya, ada pelanggan yang tidak mahukan diskaun. Liat benar mahu mengambil balik baki yang diberikan. Dalam sibuk melayan pelanggan, sempat juga menghazam dua buah buku di situ. Sepanjang dua hari, not merah dan biru keluar masuk dari dua kocek besar wind braker biru. Sedar tak sedar, di akhir jualan, RM 3000 berada di dalamnya. Saat yang paling mengujakan pastinya apabila mengosongkan poket, mengira hasil jualan dan menyerahkannya kepada mereka berdua :)

Kami sempat berjualan selama dua hari sahaja kerana pada hari-hari berikutnya, jadual padat dengan kuliah. Sebagai upah, kami diberikan RM 40 dan barangan bernilai RM40 - satu jumlah yang besar bagi pelajar yang selalu terlibat dengan kerja-kerja sukarela.

Menurut seorang teman di UM, wajah saya berlatarkan buku-buku dan tulisan khat terpampang di bulletin. Entah bila gambar saya diambil, tidaklah saya ketahui. Namun, harapnya selepas ini, tiada lagi gambar saya dipaparkan di mana-mana akhbar dan majalah. Cukuplah sekadar nama tanpa rupa kerana saya amat menghargai kehidupan tenang tanpa publisiti.

Terima kasih UM dan bekas majikan saya yang baik. Moga terus maju, cemerlang lagi dirahmati. Aaamiiin! :)

No comments: