Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Thursday, February 19

Warna-warni Bangi


Koleksi foto pepatung dari Hutan Simpan Bangi


Bangi sememangnya unik. Selain bergelar Bandar Akademia, Bangi sinonim dengan 'kisah tiga dimensi' dan Darusyifa. Selain menawarkan lokasi perniagaan yang strategik, Bangi juga dipenuhi dengan deretan restoran dengan aneka sajian yang berbeza. Sebagai contoh, di Seksyen 13 sahaja, terdapat 21 buah restoran beroperasi dan masing-masing mempunyai pelanggannya sendiri. Ketika mula bermastautin di Bangi, memahami peta Bangi dan 'jalan-jalan cari makan' merupakan antara tugasan tidak rasmi yang menarik.


Suatu hari, ketika sedang menikmati sajian Nasi Ayam Hainan di salah satu lokasi kegemaran saya di Bangi bersama tiga orang teman, seorang lelaki berpakaian serba putih menghampiri kami. Kelihatannya dia seperti seorang warga Afghanistan. Dengan penuh mengharap, dia mengunjukkan surat kutipan derma bagi penduduk Afghanistan yang disertakan dengan cop dan tanda-tangan organisasi di sana. Teman-teman saya berasa ragu-ragu dengan kesahihan surat tersebut. Jika anda di tempat kami, apakah yang akan anda lakukan?


Benar, adakalanya kita mungkin didatangi oleh peminta sedekah oleh sindiket tertentu atau pemungut derma yang tidak kita ketahui latar-belakangnya. Dalam situasi sebegini, saya suka menggunakan pendekatan Prof. Dr. Turiman Suandi dalam kuliah Kesukarelawanan semasa di UPM. Formulanya mudah - kalau yakin, beri banyak... kalau tak yakin, beri sikit! Untuk lebih selamat lagi, jangan berikan wang, sebaliknya berikan mereka makanan! :)


No comments: