Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Saturday, February 21

Nilai Masa




Berapa nilai masa anda?

Ketika saya membuat kajian soal-selidik di kilang Perodua, pegawai sumber manusianya memberitahu nilai masa setiap pekerja di Perodua:

5 minit = sebuah kereta





Katakan kita letakkan harga sebuah kereta ialah RM50,000. Ini bermakna, 1 minit bersamaan RM10,000. Mahal atau murah?


Pada saya, ianya masih terlalu murah. Kenapa?

Kehidupan di dunia ini terlalu singkat. Sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia. Purata jangka hayat manusia semasa hanyalah dalam lingkungan 80 tahun. Ini bermakna, secara umumnya manusia hidup tidak sampai 1/10 hari pun daripada masa di akhirat yang kekal abadi. Atau dalam kata lain, kita berada kurang daripada 2 jam setengah di atas muka bumi ini.


Menyedari hakikat itu, berapa agaknya nilai sebenar bagi setiap saat yang berlalu? 1000, 10,000, 100 000, 10oo ooo? Katakan esok pagi, kita mendapati diri kita sudah berada di alam barzakh. Saat itu, berapa pula agaknya yang sanggup kita bayar untuk hidup di dunia untuk sehari lagi?

No comments: