Semua catatan yang tidak dinyatakan sumber/rujukannya adalah pandangan pribadi dan cetusan pengendali blog ini. Pembaca dibenarkan membuat salinan (copy paste), mencetak atau menyebarkannya di laman maya dengan memberikan kredit kepada blog ini: ©http://7kilas.blogspot.com. Sebarang percetakan bagi tujuan kormesial pula perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali blog.


Tuesday, January 6

Polisi


Polisi?

Polisi ataupun dasar merupakan satu set pelan tindakan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, pemerintah atau pengurusan tertinggi organisasi sebagai rujukan kepada sebarang pembuatan keputusan untuk mencapai matlamat negara/organisasi. Polisi diikat kuat oleh undang-undang. Bagaimanapun, setiap polisi yang digubal mestilah selaras dengan perlembagaan negara. Polisi yang bertentangan dengan perlembagaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Antara 'Polis see' dan 'Polis C'

Polisi yang baik berupaya memelihara kestabilan serta memacu kecemerlangan negara/organisasi. Justeru, para penggubal dasar ataupun polisi perlu memastikan setiap polisi yang digubal bersifat 'polis see' (polisi kelas pertama) berbanding 'polis gred c'.

Mengapa Cuma Gah di atas Kertas?

Lazimnya, polisi yang ada sudah cukup mantap di atas kertas. Bagaimanapun, ianya gagal mencapai sasaran disebabkan oleh sistem penyampaian (delivery system) yang lemah dan sikap negatif 'terlampau' anggota masyarakat itu sendiri.

Kronisme, nepotisme dan rasuah yang berleluasa merencatkan misi pembangunan dan keadilan sosial. Peluang kerjaya di syarikat gergasi milik sesebuah negara sesetengahnya menjadi hak eksklusif ahli keluarga dan saudara-mara atau sahabat handai kakitangan syarikat atau organisasi tersebut sahaja. Tidak hairanlah, syarikat-syarikat gergasi ini mengalami kerugian yang besar kerana ditadbir oleh individu yang hanya memiliki kelayakan minima ataupun mungkin sama sekali tidak layak. Keterbatasan ini menyekat kemasukan bakat-bakat baru yang benar-benar cemerlang untuk menerajui organisasi. Kronisme tidak terkawal juga memudahkan lagi berlakunya peyelewengan, pembaziran, salah-guna kuasa dan rasuah secara berleluasa dalam organisasi. Jika dibiarkan, satu demi satu syarikat akan mengalami kepincangan dan akhirnya tumbang dan sebaliknya menjadi bebanan pihak kerajaan terbabit.
o
Kemasukan pelajar ke sekolah, kolej dan universiti elit pula sebahagian kecilnya bukan berasaskan merit tetapi atas dasar kedudukan dan pengaruh yang dimiliki ibu-bapa pelajar tersebut. Kesannya, sebilangan daripada pelajar tersebut keciciran, terkebelakang dan mengalami tekanan emosi yang kritikal kerana tidak mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain yang benar-benar cemerlang.
l
Justeru, polisi yang baik memerlukan sistem penyampaian yang baik dan sinergi daripada anggota masyarakat/organisasi untuk mencapai misi dan visi tertentu dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
l

* Diubahsuai dari nota kuliah Perubahan Sosial dan Polisi Pendidikan, INSTED, IIUM



1 comment:

irdina said...

setuju, biasanya dan memang amat biasa, sistem baik tetapi perlaksanaan entah ke mana-mana. contohnya kemasukan pelajar ke matrikulasi dan SBP. difahamkan permohonan mestilah melalui internet sahaja. permohonan melalui kertas telah tiada. borang pun tak wujud lagi agaknya. tetapi adakah excess internet di negara kita telah merata-rata? di kampung saya, yang jaraknya 14km dari Bandar Batu Pahat, yang perkhidmatan bas masih seperti zaman Jepun (cuma nama sahaja berbeza) cuma ada 1 sahaja cybercafe. itupun kadang buka dan selalu tutup. cybercafe yang percuma cuma ada lalang menggantikan desktop.adakah dengan beranggapan bahawa anak2 penoreh getah dan pemilik kebun kelapa sawit (yang sekejap masa dulu pendapatan RM 3000-4000 sebulan tapi sekarang tinggal RM 500-600, tapi heboh pula dlm surat khabar kan..)ada wireless atau wifi atau seakan2nya di rumah? Itu kampong saya yang hanya 14km dari Bandaraya Batu Pahat. Macamana dengan anak-anak kampong (yg kebanyakkannya adalah bangsa Melayu dan bumiputra) yang mungkin jaraknya beratus km dari pusat Bandar? tidak mustahil Polisi boleh jadi Polis See atau Polis C.