Hana (bukan nama sebenar) melanjutkan pengajian di sebuah IPTA. Dia seorang pelajar pintar dan sentiasa belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, yuran pengajiannya tertangguh kerana tidak berkemampuan untuk membayarnya. Pihak universiti menghubungi beberapa individu dan syarikat yang ingin membayar zakat. Akhirnya, seorang usahawan tampil kehadapan. Wang yang diperuntukkan bahkan cukup untuk membiayai sepenuhnya pengajian Hana. Kini Hana sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD dan akan bergraduat dalam masa terdekat. Dia berazam untuk memberi sumbangan yang optimum dengan ilmu yang dimilikinya. Dia juga terkesan dengan tindakan ihsan universiti dan usahawan berkenaan dan berikrar untuk membiayai pengajian pelajar lain yang memerlukan pada masa akan datang.
Demikian adalah secubit dari kisah benar di Malaysia yang diceritakan sendiri oleh Hana. Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat yang pemurah dan prihatin. Justeru, amalan menunaikan zakat bukanlah suatu perkara yang berat kerana budaya memberi sudah sebati dengan masyarakat.
Zakat merupakan rukun Islam yang ke-4. Zakat menyucikan harta dan membersihkan jiwa. Institusi zakat yang diurus-tadbir dengan baik berupaya memacu ekonomi dan kestabilan negara.
l
Kini urusan pembayaran zakat menjadi lebih mudah dengan maklumat dan kemudahan secara online. Nisab semasa adalah RM 6,400 (bersamaan harga 85 gram emas). Laman web yang dibangunkan turut menyediakan kalkulator khas dan pengguna hanya perlu memasukkan angka-angka yang diperlukan. Nilai zakat yang perlu dibayar akan dikira secara automatik. (contohnya bagi zakat pendapatan, pengiraan boleh dilakukan di sini: http://www.zakat.com.my/kalkulator/pendapatan.html ). Bagaimanapun, untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.zakat.com/.
Selamat menunaikan zakat :)
1 comment:
salam mia,
its me, lavender78. guess what, i was accidently terbuka satu blog nie, its a very nice blog/web
http://saifulislam.com
ustaz nie glamer gak, i suka bc artikel dia. and double best nyer ialah wife dia pun menulis jugak, ada blog sendiri, yg link ngan blog dia. seronok membacanya.
hope this will cheer u up..and adds to ur ideas for writing blog as well :)
love
melbourne
Post a Comment